Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google akan menawarkan 7 tahun kemaskini Android bagi Pixel 8 Pro dan Pixel 8

Google Pixel 8 Pro dan Pixel 8 telah dilancarkan awal pagi tadi dan Google telah mengumumkan bahawa telefon pintar ini akan menerima 7 tahun kemaskini Android.

Google Pixel 8 Pro dan Pixel 8 kini rasmi dengan cip 4nm Tensor G3 – harga sekitar RM 3,500

Ini bermaksud telefon pintar Pixel 8 Series ini akan menerima sokongan sehingga tahun 2030 atau sehingga Android 21 memandangkan ianya dilancarkan dengan Android 14.

Google Pixel 8 and Pixel 8 Pro

Pengumuman ini juga bermaksud Google kini menawarkan sokongan yang terbaik dipasaran telefon pintar yang turut mengatasi sokongan perisian yang diberikan oleh Apple kepada iPhone.

Jika dibandingkan pada pasaran Android, Samsung menawarkan sehingga 4 kemaskini Android dan 5 tahun kemaskini keselamatan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.