Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Google Pixel 8 Pro dan Pixel 8 kini rasmi dengan cip 4nm Tensor G3 – harga sekitar RM 3,500

Google Pixel 8 and Pixel 8 Pro

Google secara rasminya telah melancarkan Google Pixel 8 dan Pixel 8 Pro yang tampil dengan rekaan yang hampir sama seperti generasi sebelum ini namun dengan cipset Tensor G3.

Google Pixel 8 dan Google Pixel 8 Pro tampil dengan cip pemprosesan Tensor G3 4nm (Samsung) yang dipadankan dengan 8GB RAM pada Pixel 8 dan 12GB RAM pada Pixel 8 Pro.

Beralih kepada skrin, Google Pixel 8 Pro menampilkan skrin paparan 3D Glass QHD+ berukuran 6.7-inci dengan kadar segar semula 120Hz yang turut dilapisi gelas Gorilla Glass Victus 2 manakala Pixel 8 tampil dengan skrin paparan AMOLED 6.2-inci dengan kadar segar semula 120Hz. Ianya juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Victus dan sensor capjari dalam skrin.

Google Pixel 8 Pro tampil dengan satu sensor utama 50MP Octa-PD dengan OIS, sensor ultrawide 48MP  dan sensor telefoto 48MP yang menawarkan zoom optik 5x dan zoom digital 30X Super-Res. Pixel 8 Pro juga memiliki sensor suhu kulit.

Google Pixel 8 pula tampil dengan sensor utama  50Mp Octa-PD dengan OIS sensor ultrawide 12MP dengan pemfokusan auto dan mod makro serta. Kamera selfie Pixel 8 Pro dan Pixel 8 adalah 10.5MP

Kepada bateri pula, Google Pixel 8 Pro tampil dengan bateri 5,050mAh dengan pengecasan 30W + pengecasan tanpa wayar 23W manakala Pixel 8 mempunyai bateri 4,757 mAh yang menyokong pengecasan pantas 27W + pengecasan tanpa wayar 18W.

Google Pixel 8 Pro ditawarkan dalam tiga warna iaitu Blue, Obsidian, dan Beige. Google Pixel 8 pula ditawarkan dalam warnaHazel, Obsidian, dan Rose. Kedua model mempunyai penarafan IP68.

Google Pixel 8 bermula pada harga $700 (RM 3,505) manakala Pixel 8 Pro bermula dari harga $1,000 (RM 4,721).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.