Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Generasi kedua cip Google Tensor kini dibangunkan – untuk Pixel 7


Google dilaporkan sedang membangunkan cip pemprosesan Tensor generasi kedua mereka yang dikenali sebagai Cloudripper.

Untuk rekod, cip pemprosesan keluaran Google yang pertama iaitu Tensor telah digunakan pada Google Pixel 6 dan Pixel 6 Pro yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Walaubagaimanapun, nama Cloudripper tidak merujuk kepada nama cipset ini mahupun nama Google Pixel 7.

Ianya adalah kod nama bagi cipset ini memandangkan ianya masih diuji dan cip ini juga mempunyai nombor model GS201 manakala pemproses Tensor yang digunakan pada Pixel 6 Series adalah GS 101.

Walaupun generasi pertama cip tensor baru sahaja dilancarkan, ianya bukan sesuatu yang mengejutkan untuk mengetahui bahawa syarikat ini telah memulakan proses R&D bagi generasi kedua kerana ianya adalah proses yang berterusan jika Google mahu mengeluarkan cip pemprosesan mereka yang tersendiri untuk tempoh jangka masa panjang.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.