Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple sahkan pelancaran iPhone 14 Series akan berlangsung pada 7 September

Apple secara rasminya telah mengesahkan ianya akan mengadakan majlis pelancaran tahunan yang paling dinanti-nantikan yang akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan generasi terbaru Apple iPhone 14 Series.

Pelancaran ini telah disahkan akan berlangsung pada 7 September (1 pagi, 8 September waktu Malaysia) dan kita akan menyaksikan Apple memperkenalkan iPhone 14 Series yang terdiri daripada iPhone 14, iPhone 14 Plus/Max, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Apple iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max dijangka akan tampil dengan ciri Always-On, sensor 48MP, cip A16 Bionic dan reka bentuk panel skrin dengan takukan berbentuk pil.

Selain iPhone, Apple juga akan memperkenalkan generasi baru Apple Watch Series 8 yang akan ditawarkan didalam versi biasa dan versi Pro.

Majlis pelancaran Apple ini boleh disaksikan secara langsung di https://www.apple.com/my/apple-events/

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.