Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Apple iPhone 14 Series dijangka akan dilancarkan 7 September 2022

Laporan terbaru daripada Bloomberg mendakwa bahawa pelancaran Apple iPhone 14 Series akan diadakan pada 7 September 2022 iaitu kurang 3 minggu sahaja lagi dan ianya akan menjadi pelancaran iPhone terawal sejak tahun 2016.

Laporan ini mendakwa bahawa Apple akan melancarkan generasi terbaru iPhone pada 7 September dan jualan akan bermula 16 September yang memberikan Apple tambahan satu minggu jualan yang akan meningkatkan pendapatan bagi fiskal suku keempat.

Selain itu, satu lagi sebab Apple mengadakan pelancaran iPhone lebih awal adalah kerana satu lagi pelancaran pada bulan Oktober akan menyaksikan syarikat ini memperkenalkan iPad dan Mac baharu.

Ini turut bermaksud Apple mungkin bakal melancarkan iPhone 14 di Malaysia sebelum penghujung bulan September.

Sumber

 

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.