Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G kini ditawarkan dalam warna graphite, red dan sky blue – RM 5,499

Selepas hampir 5 bulan dipasaran Malaysia, Samsung Malaysia telah mengumumkan penawaran tiga warna baharu Samsung Galaxy S22 Ultra 5G yang sebelum merupakan warna eksklusif ‘Samsung Online’ di beberapa pasaran utama global.

Tiga warna tersebut adalah Graphite, Red dan Sky Blue yang mana kesemua warna ini akan dibuka untuk pra-tempahan mulai 4 Julai hingga 14 Julai 2022.

Selain itu, Samsung juga telah mengumumkan bahawa warna baharu ini bagi Samsung Galaxy S22 Ultra 5G ini hanya akan ditawarkan didalam varian 256GB pada harga RM 5,499.

Dalam pada itu, Samsung juga akan menawarkan e-baucar bernilai RM 800 dengan setiap pra-tempahan Galaxy S22 Ultra 5G yang baharu ini.

Info lanjut di : Samsung Malaysia

Baca : ULASAN : Samsung Galaxy S22 Ultra – Ini adalah Note terbaik

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.