Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung sasarkan jualan Galaxy S22 Ultra melebihi 10.9 juta unit tahun ini

Samsung sasarkan jualan Galaxy S22 Ultra melebihi 10.9 juta unit tahun ini 3

Samsung Galaxy S22 Ultra 5G dikatakan berada didalam landasan yang tepat untuk menjadi telefon pintar Galaxy Note Series paling laris yang pernah dikeluarkan syarikat ini.

Walaupun tidak dilancarkan sebagai pengganti kepada generasi Galaxy Note sebelum ini, Samsung Galaxy S22 Ultra 5G ini adalah model susulan bagi Galaxy S21 Ultra dan Galaxy Note20 Ultra.

Selain itu, tindakan Samsung menggabungkan kedua-dua model nampaknya membuahkan hasil dengan jualan untuk tahun pertama dijangka mencecah 10.9 juta unit.

Sebagai perbandingan, Samsung Galaxy Note20 Series yang terdiri daripada 2 model berjaya mempunyai jumlah jualan 7.5 juta dengan rekod jualan terbaik masih dipegang Galaxy Note8 yang berjaya mencapai jualan 10.3 juta unit.

Ini bermaksud Samsung Galaxy S22 Ultra 5G akan menjadi telefon pintar Galaxy Note terbaik walaupun tiada istilah “Note” pada namanya.

Terbaru, Samsung Galaxy S22 Ultra 5G kini ditawarkan dalam warna graphite, red dan sky blue.

Jika and berminat dengan Samsung Galaxy S22 Ultra 5G, anda boleh membaca ULASAN : Samsung Galaxy S22 Ultra.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.