Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme 7 Pro dan realme 7 kini rasmi – Skrin paparan AMOLED, Snapdragon 720G, Kamera 64MP Gen-2 dengan harga dari RM 848 sahaja

realme 7 pro dan realme 7 MalaysiaSeperti yang kami laporkan, realme secara rasminya telah melancarkan realme 7 dan realme 7 Pro yang mana seperti biasa ianya akan mula ditawarkan dipasaran India sebelum ke pasaran lain termasuk Malaysia.

Terus kepada realme 7 Pro, ianya hadir dengan skrin paparan Super AMOLED berukuran 6.4-inci namun maklumat mengenai kadar segar skrin tidak diketahui.

Ianya mempunyai nisbah skrin kepada rangka. 90.8% dengan gamut warna NTSC 98% dan reka bentuk punch hole (3.69mm) yang menempatkan kamera selfie 32MP serta sensor capjari terbina dalam skrin.

Selain itu, realme 7 Pro juga disertakan dengan pemproses 8nm Snapdragon 720G yang menawarkan peningkatan menyeluruh berbanding generasi sebelum ini dan ianya dipadankan dengan dua pilihan RAM iaitu 6 atau 8GB manakala storan dalaman adalah 128GB.

Beralih kepada kamera, realme 7 Pro disertakan dengan quad-kamera 64MP generasi kedua dengan sensor utama Sony IMX682, satu sensor telefoto 2X, sensor potret dan sensor makro.

realme 7 Pro membawakan pelbagai ciri fotografi baru antaranya adalah starry mode, 3 night filter, Ultra Nightscape Video dan AI Color Potrait.



realme 7 Pro juga dilengkapi bateri dua sel berkapasiti 4500mAh (2,250mAh x 2) dan dilengkapi dengan pengecasan pantas SuperDart 65W yang boleh dicaj penuh didalam masa 34 minit sahaja.

Selain itu, realme 7 Pro juga memiliki reka bentuk anti-glare, dwi-speaker dengan Dolby Atmos dan tri-SIM.

realme 7 Pro akan ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu Mirror Silver dan Mirror Blue dengan harga penjualan seperti berikut :

realme 7 Pro 6/128GB INR 19,999 (RM 1,130)

realme 7 Pro 8/128GB INR 21,999 (RM 1,243)

IMG_8215.jpeg

realme 7

realme 7 adalah satu lagi telefon pintar terbaru realme didalam siri ini dan ianya menampilkan skrin paparan 90Hz Ultra Smooth.

Ianya juga merupakan telefon pintar perrtama dipasaran untuk menggunakan pemproses MediaTek Helio G95 dan turut hadir dengan teknologi penyejukan gentian fiber.

realme 7 ditawarkan didalam dua pilihan RAM iaitu 6 atau 8GB dengan storan dalaman adalah 128GB.

realme 7 juga dilengkapi dengan quad-kamera Sony IMX682 64MP berserta pelbagai fungsi fotografi baru seperti Starry mode, Night filters, UIS & UIS MAX dan Ultra Wide-angle Video.

Selain itu, realme 7 juga dilengkapi dengan bateri berkapasti 5,000mAh yang disertakan dengan pengecasan pantas 30W, sensor capjari sisi dan kamera selfie in-display 16MP.

realme 7 akan hadir didalam dua pilihan warna iaitu Mist White dan Mist Blue dengan harga penjualan seperti berikut:

realme 7 6/64GB – INR 14,999 (RM 848)

realme 7 8/64GB – INR 16,999 (RM 961)

Pelancaran antarabangsa realme 7 dan realme 7 Pro mungkin berlangsung di IFA 2020 yang mana realme akan membuat penampilan sulung esok.

realme 7 dan realme 7 Pro dijangka memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi.

*info akan dikemaskini jika terdapat kesilapan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.