Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

IFA 2020 : realme bakal melancarkan 6 produk AIoT pada Q4 tahun ini – termasuk realme Watch S Pro

realme AIoT Malaysia
IFA 2020 : realme bakal melancarkan 6 produk AIoT pada Q4 tahun ini – termasuk realme Watch S Pro

Penampilan sulung realme di IFA 2020 telah menyaksikan syarikat ini mengesahkan pelan pengembangan portfolio produk mereka yang lebih menyeluruh dengan berlandaskan strategi produk 1+4+N.

Madhav Seth yang merupakan CEO baru realme Eropah telah menyatakan sasaran realme untuk menjadi 5 syarikat telefon pintar terbaik di Eropah penghujung tahun hadapan.

Pada pembentangan di IFA 2020 ini, realme juga telah mengesahkan beberapa produk baru yang akan memasuki pasaran tidak lama lagi.

realme Buds Air Pro dan realme Buds Wireless Pro

Pada suku ke-4 tahun ini, realme dijangka akan memperkenalkan dua produk TWS yang baru yang hadir dengan teknologi ANC iaitu realme Buds Air Pro dan realme Buds Wireless Pro  selain jam pintar dengan reka bentuk rangka bulat yang dikenali sebagai realme Watch S Pro.

realme 7 Pro dan realme 7 kini rasmi – Skrin paparan AMOLED, Snapdragon 720G, Kamera 64MP Gen-2 dengan harga dari RM 848 sahaja

Pada suku yang sama juga, realme Smart Bulb, realme Smart TV 55” dan realme Smart Cam 360° akan turut dilancarkan secara rasmi.

realme juga telah menyatakan bahawa syarikat itu berazam untuk melancarkan sekurang-kurangnya 50 produk AIoT pada tahun 2020 dan sekitar 100 produk AIoT pada tahun 2021.


Bercakap mengenai telefon pintar pula, realme mungkin akan membawa masuk siri realme X7, siri realme Narzo 20 dan realme V5 ke pasaran global

Sama-sama kita nantikan pelancaran produk terbaru realme ini di Malaysia tidak lama lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.