Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme kini merupakan syarikat telefon pintar No.3 dipasaran Malaysia


Menurut  laporan terbaru daripada Counterpoint Research, realme terus menjadi jenama yang paling pesat berkembang di pasaran dan syarikat ini juga kini telah menjadi syarikat telefon pintar No.3 di Malaysia.

realme Malaysia meneruskan rentak pertumbuhannya dengan pertumbuhan tahunan sehingga 700% dan mempunyai keseluruhan 15% bahagian pasaran pada Q2 2020.

Di Malaysia, realme telah mengatasi Apple, Xiaomi, dan Oppo untuk mencapai tempat ketiga di pasaran.

realme Malaysia juga mencapai hasil yang luar biasa dengan sokongan hebat peminat tempatan dan rakan e-dagangnya iaitu Lazada dan Shopee.

Sebagai contoh, sejumlah 1,139 unit realme 6 terjual hanya dalam masa 4 minit bersempena dengan Lazada 7.7 Jualan Super Pertengahan Tahun.

Bagi Shopee, realme Malaysia diiktiraf sebagai Jenama Wearables Paling laris No.1 (dari Januari hingga Jun 2020).

Dengan angka pertumbuhan ini, realme juga telah berjaya berada didalam kelompok 5 jenama teratas di semua pasaran utama Asia Tenggara (Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam).

Selain  pasaran utama Asia Tenggara, realme juga mencatatkan pertumhuhan baik di pasaran Asia Pasifik yang lain seperti Bangladesh, Australia, Taiwan, dan Pakistan.

realme komited untuk membawa teknologi yang paling maju dalam rangkaian harga yang sesuai kepada penggunanya.

Selain membuat dan melaksanakan strategi pengembangan 5G yang berorientasikan masa depan; ia adalah salah satu jenama pertama yang membawa peranti 5G ke kumpulan harga pasaran massa.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.