Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : realme X3 SuperZoom – peranti flagship premium dengan 60x zoom

realme x3 superzoom malaysia
Pengenalan

realme adalah syarikat masih boleh dianggap sebagai satu syarikat muda didalam pasaran telefon pintar global dengan usia sekitar 2 tahun sahaja.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah faktor kejayaan sesuatu syarikat seperti yang telah dibuktikan oleh realme yang terkenal dengan semangat Dare To Leap.

Pelancaran realme 6 dan realme 6 Pro baru-baru ini telah membuktikan realme sebagai jenama yang sentiasa berazam memberikan yang terbaik kepada pengguna. realme 6 dan realme 6 Pro membuktikan bahawa ciri-ciri flagship kini boleh nikmati pada harga yang berbaloi.

Selepas penawaran semua model siri realme 6 ke pasaran tempatan, realme kini beralih kepada penawaran yang lebih premium iaitu realme X3 SuperZoom dengan spesfikasi flagship yang lebih menyeluruh dan kebolehan kamera juga setara dengan telefon pintar flaghsip lain dipasaran.

Berikut adalah ulasan realme X3 SuperZoom yang kini ditawarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan RM 2,399.

Video Buka Kotak realme X3 SuperZoom


Reka Bentuk

Sekilas pandang realme X3 SuperZoom hadir dengan reka bentuk hadapan yang sama seperti realme 6 Pro khususnya kerana reka bentuk panel skrin dual-in display selfie yang dimiliki telefon pintar ini. Persamaan antara kedua peranti ini tamat disini kerana skrin paparan realme X3 SuperZoom hadir dengan kadar segar semula yang lebih tinggi.

Panel belakang realme X3 SuperZoom adalah berasaskan gelas yang melengkung pada sisi dengan kemasan gelas matte yang memberikan anda panel belakang anti cap-jari.

Walaubagaimanapun berdasarkan pengunaan kedua-dua model ini, kami dapat mengesahkan bahawa realme X3 SuperZoom hadir dengan reka bentuk yang sedikit berlainan daripada realme 6 Pro.

Kemasan matte pada realme X3 SuperZoom telah membawa telefon pintar ini setaraf reka bentuk telefon pintar kelas flagship premium dan ini adalah sesuatu yang baik kepada pengguna.

Sedikit mengecewakan disini adalah realme X3 SuperZoom masih kekal dengan pengunaan rangka yang berasakan plastik dan mungkin generasi selepas ini sudah tiba masa realme beralih kepada pengguna rangka keluli.

Pada bahagian sisi kanan, realme X3 SuperZoom ini memiliki sensor capjari yang juga berfungsi sebagai butang kuasa dan ini juga bermaksud tiada sensor capjari pada skrin yang merupakan ciri peranti flagship pada tahun 2020.

Disebabkan pengunaan lensa persikop yang mengambil ruang yang lebih besar, realme dilihat telah memgalihkan slot sim ke bahagian bawah bersebelahan dengan slot USB-C dan pembesar suara 1216 Super Linear Speaker yang menyokong Dolby Atmos dan Hi Res-Audio.

realme X3 SuperZoom ini hadir didalam dua kemasan iaitu Artic White dan Glacier Blue yang mana kedua-duanya merupakan kemasan yang sangat premium.

Dimensi realme X3 SuperZoom adalah 163.8 x 75.8 x 8.9mm dengan berat 202g dan ianya juga hadir dengan kalis air namun tiada sebarang IP Rating yang diberikan.


Skrin Paparan

realme boleh dijadikan sebagai contoh syarikat yang sentiasa berusaha untuk menawarkan teknologi skrin yang baik pada telefon pintar mereka.

Jika realme 6 dan realme 6 Pro telah membawakan skrin paparan dengan kadar segar semula 90Hz, realme X3 SuperZoom kini satu tahap lebih tinggi dengan penawaran skrin paparan 120Hz.

Walaupun tidak banyak kandungan yang hadir dengan kadar segar semula 120Hz, realme juga menggunakan teknologi yang meningkatkan animasi 30fps ke animasi yang lebih lancar pada panel skrin ini.

Ianya adalah panel FHD+ berukuran 6.6-inci dan panel skrin ini adalah IPS LCD dan bukanya panel OLED yang kini lebih banyak digunakan pada peranti atasan dipasaran.

Walaubagaimanapun tidak banyak perbezaan antara skrin LCD dan OLED boleh dilihat pada mata kasar dan secara puratanya, skrin paparan realme X3 SuperZoom adalah baik dengan nisbah 120Hz menjanjikan animasi UI dan gaming yang sangat lancar dan ‘lembut’.

Tontonan video dan gaming pada skrin ini adalah satu pengalaman yang sangat baik dengan tontonan filem atau video boleh dibuat pada skrin penuh memenuhi keseluruhan skrin.

seperti telefon pintar siri realme 6, skrin paparan ini juga hadir dengan tetapan kadar segar semula pintar yang membantu penjimatan bateri.

Pemproses

realme X3 SuperZoom telah dibekalkan dengan pemproses Snapdragon 855+ yang mana telefon pintar ini telah menerima markah AnTuTu tertinggi bagi peranti dengan pemproses ini.

Ya, Snapdragon 855+ adalah pemproses yang dilancarkan lewat tahun lalu dan bukanya pemproes Snapdragon 865 yang merupakan cip flagship 2020, namun cip 855+ ini tidak mempunyai kekurangan yang boleh kami perkatakan.

Pemproses Snapdragon 855+ merupakan versi Snapdragon 855 yang ditambah baik dan juga telah digunakan pada telefon pintar gaming asli seperti ROG Phone II.

Jika SD855+ tidak mencukupi, realme X3 SuperZoom juga dilengkapi dengan kapasiti RAM sehingga 12GB iaitu jenis LPDDR4X manakala storan dalaman adalah sehingga 256GB jenis UFS 3.0

realme UI pada telefon pintar realme X3 SuperZoom berfungsi dengan sempurna hasil gabungan skrin paparan 120Hz dan Snapdragon 855+ ini dan pengunaan harian adalah satu pengalaman yang selesa dan mudah.

Pasti ramai yang tertanya kenapa realme tidak menggunakan pemproses Snapdragon 865 pada realme X3 SuperZoom, antara kemungkinan yang boleh kami fikirkan adalah pembangunan telefon pintar yang kompleks seperti realme X3 SuperZoom pasti mengambil masa yang agak lama dan ianya mungkin telah bermula lewat tahun lalu dan kos juga mungkin memainkan peranan.

Pemproses Snapdragon 855+ yang digunakan pada realme X3 SuperZoom ini dijangka akan kekal relevan untuk tempoh 2-3 tahun yang akan datang namun ketiadaan sokongan 5G pada telefon pintar ini mungkin merupakan satu kekurangan yang akan dirasai apabila rangkaian 5G telah mula ditawarkan oleh syarikat telko di Malaysia.

Kamera

Apabila melihat pada nama sahaja, pasti ramai sudah tahu bahawa telefon pintar ini membawakan teknologi kamera yang terbaik pada telefon pintar realme setakat ini.

realme X3 SuperZoom membawakan pengguna teknologi kamera kelas flaghip dan dengan pengzoom sehingga 60x hasil pengunaan sensor periskop telah meletakkan ianya sebagai antara telefon pintar dengan pakej kamera terbaik dipasaran.

realme X3 SuperZoom dilengkapi dengan teknologi super zoom kelas flagship yang terdiri daripada sensor utama 64MP, sensor 5x telefoto periskop 8MP, sensor sudut lebar ultra 119° 8MP dan sensor makro pada resolusi 2MP seperti kebanyakkan telefon pintar realme yang lain

Sensor ISOCELL GW1 merupakan kamera utama pada realme 6 Pro dan ianya adalah sensor GW1 64MP berukuran 1/1.72 -inci yang memiliki aperture f/1.8 dan menggunakan lensa 6P.

Ianya mengguna pakai teknologi Quad Bayer 4 dalam 1 ‘pixel binning’ yang menggabungkan 4 piksel (gambar) menjadi satu piksel 1.6μm yang besar.

Hasil daripada proses ini membolehkan gambar yang diambil pada realme X3 SuperZoom memiliki resolusi dan kualiti imej yang terbaik walaupun diambil pada keadaan cahaya yang kurang.

Lensa Periskop Telephoto 5x

Lensa zoom periskop 8MP 5x yang ada pada realme X3 SuperZoom disertakan bersama lensa sudut ultra lebar dan kamera utama.

Ia memberikan realme X3 SuperZoom ‘focal length’ antara 16 mm hingga 124 mm, yang memberikan pengzooman lancar dari 0.5X hingga 60X.

Optik pengstabilan imej (OIS) juga menawarkan pengstabilan kepada previu gambar yang dizoom dan ini membolehkan anda mengambil gambar yang jelas dan tajam walaupun pada jarak sejauh 100 meter.

Sepanjang kami menggunakan set reviu realme X3 SuperZoom, mod zoom dilihat mampu menawarkan kualiti imej yang sangat baik pada kadar zoom 2x,  5x dan 10x Zoom namun apbila anda melalukan zoom yang lebih jauh, kadar kekaburan adalah tinggi dan gambar akhir juga tidak beresolusi tinggi.

Sensor sudut lebar ultra 8MP 119°

Sensor 8MP ultra wide dengan field of view 119° – penawaran sensor ini pada realme X3 SuperZoom memastikan pengguna tidak perlu membongkok kebelakang untuk mengambil gambar yang sempurna kerana sensor ini adalah sensor ultra lebar yang cukup luas untuk anda mengambil gambar landskap, bangunan dan juga kumpulan yang besar.

Pada ui aplikasi kamera, anda hanya perlu menekan ikon “wide” untuk beralih kepada mod sudut lebar yang membolehkan pengguna mengambil gambar landskap, arkitektur dan kumpulan yang ramai dengan lebih mudah.

Seperti pada kebanyakkan telefon pintar realme dipasaran, sensor ultrawide 8MP mampu menjalankan tugas yang diperlukan namun penchayaan akan menjadi faktor samada gambar yang anda ambil baik atau tidak.

Secara peribadi, pengunaan sensor 8MP pada telefon pintar kelas flaghsip seperti realme X3 SuperZoom adalah sedikit mengecewakan dan realme mungkin sudah boleh memikirkan untuk menggunakan sensor ultrawide dengan resolusi yang lebih tinggi pada model akan datang.

Sensor Makro 2MP

Lensa Makro – penawaran lensar makro membolehkan realme X3 SuperZoom milik anda mendekati dunia fotografi mikro pada jarak sedekat 4cm sahaja.

Ketika diperkenalkan beberapa tahun lalu, sensor makro 2MP dilihat sudah memadai untuk telefon pintar, namun pada tahun 2020, sudah mula syarikat yang menawarkan sensor makro dengan resolusi yang lebih tinggi dan realme juga patut mengikut langkah syarikat lain didalam menawarkan sensor makro dengan resolusi yang lebih tinggi.

Pengambilan fotografi makro adalah sesuatu yang semakin digemari oleh pengguna telefon pintar dan kualiti yang baik dihargai oleh pengguna walaupun ianya bermaksud membayar ‘sedikit lebih’.

Starry Mode

realme X3 SuperZoom merupakan telefon pintar pertama realme yang hadir dengan kebolehan merakam gambar bintang berkelipan di langit.

Untuk itu, realme telah membangunkan mod gambar eksklusif yang dikenali sebagai Starry Mode.

Ianya menggunapakai algoritma AI yang digabungkan dengan waktu penggambaran yang lebih lama ‘long exposure’ dan sistesis berbilang bingkai yang secara pintar meningkatkan ketajaman dan kecerahan bintang dengan hasil akhir yang amat profesional.

realme X3 SuperZoom akan memfokuskan kepada bintang yang paling jauh sebelum mengambil 10 gambar jangka masa lama ‘ultra-long exposure’ sebelum beralih ke proses sitensis berbilang bingkai untuk menghasilkan gambar bintang yang teliti, cerah dan sempurna.

Sensor utama lebih sesuai digunakan untuk mengambil gambar langit malam yang lebih lebar dan bima sakti manakala sensor persikop 5x lebih sesuai untuk mengzoom ke buruj seperti Big Dipper dan Lyra.

Pengambilan gambar didalam mod Starry ini bukanlah sesuatu yang mudah dan kami menyarankan anda menggunakan tripod dan pastikan lokasi yang anda mahu ambil gambar adalah tinggi dan stabil.

Proses penggambaran Mod Starry mengambil sehingga 4 minit untuk gambar itu selesai diambil dan hasil gambar juga didapat dilihat sehingga proses ini tamat.

Kami telah melakukan beberapa percubaan untuk mengambil gambar mod Starry ini dan hanya sekali berjaya mengambil dengan sempurna pada pendapat kami dan masih ada pergerakan bintang yang kelihatan.

 

Selain daripada Starry Mode yang baru, fotografi malam realme X3 SuperZoom juga diberi nafas baru dengan NightScape 4.0 yang menawarkan fungsi mod malam tripod mod dan ultra NightScape yang diaktifkan secara automatik apabila keadaan persekitaran terlau gelap.

Dwi-kamera Selfie 32MP + 8MP

realme X3 SuperZoom ini hadir dengan tetapan dua kamera selfie iaitu lensa utama 80° wide-angle 32MP Sony IMX616 dan lensa 105° 8MP super wide-angle.

Dengan penawaran kamera dwi-selfie, realme X3 SuperZoom menawarkan jarak pengambilan gambar yang 2.5 kali ganda lebih luas berbanding sebelum ini dan ianya juga dilengkapi dengan Edge Deformity Correction.

Sensor selfie realme X3 SuperZoom ini juga memiliki kebolehan untuk mengecam wajah dan secara automatik menawarkan optimasi kontor wajah apabila gambar diambil.

realme X3 SuperZoom juga membawakan fotografi HDR dan Super Potrait Night Scape yang menyaksikan kepakaran fotografi malam realme kini digunapakai untuk pengambilan potret pada waktu malam.

Kamera selfie realme X3 SuperZoom juga telah dilengkapkan dengan teknologi AI Beautify yang mengecam wajah dan menawarkan pencantikkan wajah yang tidak terlalu keterlaluan dan mengekalkan wajah semulajadi anda.

realme X3 SuperZoom juga dilengkapi dengan rakaman video selfie gerak perlahan Slow-Motion pada kadar 120fps yang akan ditawarkan kepada pengguna melalui kemaskini OTA tidak lama lagi.

Bateri

realme X3 SuperZoom hadir dengan bateri berkapasiti 4,720mAh yang boleh dianggap sebagai kapasiti purata bagi telefon pintar pada tahun 2020.

Selain itu, realme X3 SuperZoom hadir dengan teknologi pengecasan 30W Dart Flash Charge yang kali pertama digunakan pada telefon pintar realme.

Tidak banyak maklumat yang diketahui apakah perbezaan pengecasan 30W Dart Flash Charge dengan 30W VOOC Flash Charge namun bateri realme X3 SuperZoom boleh dipenuhi didalam masa 55 minit yang mencukupi untuk pengguna.

Selain pengecasan pantas, realme X3 SuperZoom tidak hadir dengan sokongan pengecasan tanpa wayar walaupun panel gelas mampu menyokong pengecasan tanpa wayar.

Ini merupakan satu kekurangan apabila dibandingkan dengan peranti flagship lain dipasaran namun apabila harga menjadi persoalan pasti ramai faham kenapa teknologi ini tidak ditawarkan pada realme X3 SuperZoom yang boleh dimiliki pada kurang dari RM 2,000.


Penutup

realme X3 SuperZoom sekali lagi memberi bukti bahawa teknologi kamera dengan zoom luar biasa mampu ditawarkan pada harga penjualan kompetitif.

Dengan harga penjualan dari RM 1,999, realme X3 SuperZoom pasti mampu memberikan cabaran sengit kepada telefon pintar kelas flaghsip yang hampir 50% lebih mahal daripada telefon pintar ini.

50% penjimatan untuk memiliki telefon pintar yang hampir sama spesifikasi pasti adalah keputusan yang bijak khususnya dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu akibat krisis Covid-19.

realme X3 SuperZoom kini sudah mula ditawarkan di Malaysia di Lazada manakala penjualan bagi versi 12/256GB akan bermula pada 6 Jun 2020 iaitu melalui semua wakil penjual sah rasmi realme di Malaysia.

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.