Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Black Shark 3 – telefon pintar flaghsip yang juga berfungsi sebagai konsol gaming

Black Shark 3 Malaysia

ULASAN : Black Shark 3 – telefon pintar flaghsip yang juga berfungsi sebagai konsol gaming
Pengenalan

Setiap tahun, penanda aras didalam pasaran telefon pintar gaming adalah sangat tinggi yang menjadikan persaingan didalam pasaran ini adalah sesuatu yang sengit.

Walaupun hanya beberapa syarikat yang mengeluarkan telefon pintar Gaming, pasaran ini sangat kompetitif dengan pelbagai inovasi dan teknologi yang unik.

Pengaruh eSukan nampaknya kini semakin dapat dilihat selepas dunia dilanda wabak pandemik Covid-19, permainan secara virtual telah menjadi satu kaedah untuk mengisi masa didalam rumah.

Salah satu syarikat yang mengeluarkan telefon pintar gaming sahaja, Black Shark kini telah mengumumkan penawaran Black Shark 3 ke pasaran Malaysia dan walaupun dengan pelbagai teknologi kelas flagship, telefon pintar ini hadir ke pasaran Malaysia dengan harga penjualan dari RM 2,799.

Berikut adalah ulasan Black Shark 3 Pro yang kini ditawarkan di pasaran Malaysia.

Kenapa Black Shark?

Sebelum mengulas lebih lanjut mengenai Black Shark 3, kami ingin memberikan anda beberapa sebab kenapa Black Shark merupakan satu telefon pintar yang sempurna untuk anda.

Black Shark 3 bukan sahaja telefon pintar gaming terbaik dipasaran Malaysia, ianya juga unik dan menawarkan pakej spesifikasi yang lebih lengkap apabila dibandingkan dengan telefon pontar flagship lain dipasaran dan ini termasuk 5G.

Apa yang lebih unik dengan telefon pintar ini ialah ianya menyokong pelbagai aksesori tambahan seperti FunCooler Pro, gamepad dan fon telinga gaming meningkatkan lagi pengalaman gaming anda. Aksesori keluaran Black Shark ini juga boleh digunakan bersama Apple iPhone mahupun peranti Android yang lain.


Reka Bentuk

Tidak seperti telefon pintar lain dipasaran, reka bentuk Black Shark 3 adalah dengan mengutamakan kepada pengalaman gaming yang selesa dan ergonomik.

Reka Bentuk Black Shark 3 adalah berdasarkan huruf X yang merupakan teras kepada reka bentuk panel belakang telefon pintar ini.

Panel belakang Black Shark 3 ini adalah simteri secara melintang dan menegak dengan 2 panel berbentuk berlian yang memberikan cengkaman ketika pengunaan secara melintang.

Panel berbentuk Berlian dibahagian atas menempatkan tiga sensor kamera manakala panel dibahagian bawah pula menempatkan tiga titik untuk sokongan pengecasan magnetik.

Selain itu, pada bahagian tengah terdapat logo ikonik Black Shark didalam warna RGB yang boleh anda ubah warna dan animasi mengikut keperluan anda di bahagian tetapan (Featured Function/Light Effect Setting/Light Effect Editor)

Pada bahagian sisi kanan Black Shark 3, terdapat butang kuasa yang pada pendapat kami sedikit kecil dan jug butang Shark Key Yang mengaktifkan Shark Space 3.0.

Pada bahagian kiri pula, terdapat butang kuasa dan slot SIM manakala pada bahagian atas menyaksikan’comeback’ bicu audio 3.5mm.

Menutup bahagian reka bentuk ini adalah dengan menyentuh mengenai ukuran dimensi telefon pintar gaming ini. Ianya memiliki ukuran 168.7 x 77.3 x 10.4 mm dengan berat 222 gram.

Skrin Paparan

Black Shark 3 hadir dengan skrin paparan AMOLED 6.67-inci yang menawarkan kadar segar semula 90Hz pada resolusi FHD+ manakala kepadatan piksel adalah 394ppi.

Skrin paparan dengan kadar segar semula ada pra-syarat minima bagi telefon pintar gaming dan ianya juga hadir dengan kadar persampelan skrin 270Hz yang menjadikanya sebagai skrin dengan kadar latensi terendah didunia pada kadar 24ms sahaja.

Ini adalah amat penting bagi menjanjikan tiada sebarang kelewatan pada respon sentuhan di skrin yang menentukan soal hidup atau mati didalam permainan video seperti PUBG.

Selain itu, Black Shark 3 juga hadir dengan teknologi MEMC yang dijanakan oleh cipset berasingan yang meningkatkan kualiti video yang rendah (25Hz) ke video defini tinggi 90Hz.

Panel skrin OLED yang digunakan pada Black Shark 3 juga merupakan skrin yang menawarkan kadar ketepatan warna paling tinggi iaitu Delta E < 1 dan JNCD < 0.55.

Skrin paparan Black Shark 3 juga memiliki teknologi TrueView Display yang akan melaras kecerahan dan suhu warna skrin yang menyamai keadaan cahaya persekitaran. Ini memberikan pengguna paparan yang lebih semulajadi.

Dengan perkakas DC Dimming, skrin paparan Black Shark akan sentiasa menyala secara konsisten ketika anda didalam sesi gaming yang panjang.

Pemproses

Sebagai satu telefon pintar gaming Black Shark 3 telah disertakan dengan pemproses kelas flagship yang merupakan antara yang terbaik dipasaran iaitu Snapdragon 865 dan ianya juga disertakan dengan sokongan 5G.

Pemproses ini menawarkan kelajuan CPU, GPU dan sistem 5G yang memberikan anda pengalaman pengunaan telefon pintar yang lancar dan stabil pada setiap masa.

Pada era yang mana keperluan gaming adalah sangat tinggi, pemproses Snapdragon 865 yang disertakan pada Black Shark 3 ini sahaja tidak memadai. AI Engine generasi ke-5 juga memastikan kebolehan AI telefon pintar ini memadai untuk teknologi gaming 5G.

Selain itu, pengunaan cipset 865 pada Black Shark 3 juga dilengkapkan dengan 8GB RAM jenis LPDDR5 yang lebih pantas selain storan dalaman jenis UFS 3.0 berkapasiti 128GB.

Bercakap memgenai teknologi 5G yang disertakan pada Black Shark 3 ini, ianya menyokong rangkaian 5G NSA dan SA namun buat masa ini 5G masih belum ditawarkan dipasaran Malaysia.

Demi menjamin kegunaan masa depan telefon pintar ini, Black Shark 3 juga hadir dengan Wi-Fi yang 270% lebih pantas daripada Wi-Fi.

Sokongan dual-chanel connection pada Black Shark 3 juga membolehkan anda menggunakan teknologi 5G dan Wi-Fi serentak.

Black Shark 3 hadir dengan antaramuka JOYUI 11 yang berasaskan MIUI 11 (Android 10) yang menawarkan OS Android terbaik digabungkan dengan pengalaman gaming yang profesional.

Didalam JOYUI 11 ini, Black Shark telah mempersediakan telefon pintar ini dengan pelbagai mod gaming dimana dengan menolak butang dibahagian sisi, anda akan memasuki Shark Space yang menjadikan telefon pintar ada berfungsi sebagai sebuah konsol permainan.

Didalam Shark Space, anda diberikan kebebasan penuh untuk melakukan tetapan kepada peranti anda dimana dibahagian gamer studio anda boleh mengaktifkan mod Ludicrous yang memberikan anda prestasi cpu maksima selain kadar sensitiviti skrin, kadar segar semula dan tetapan rangkaian yang terbaik untuk gaming.

Didalam Shark Space ini juga anda boleh melihat senarai aksesori yang disambungkan kepada Black Shark 3 anda iaitu dibahagian Shark Kit.

Selain itu, Shark Time Function juga ditawarkan didalam ekosistem Shark Space yang membolehkan anda merakam adegan permainan video yang penting walauphn selepas ianya tamat.

Pelbagai fungsi tambahan pada Gamer Studio ini adalah memberikan anda satu ekosistem gaming yang sangat lengkap dengan kebolehan menetapkan setiap aspek yang akan meningkatkan kepuasan gaming pada hujung jari anda.


Kamera

Black Shark 3 mungkin hadir dengan reputasi sebagai telefon pintar gaming asli, namun ianya tidak digunakan sebagai alasan untuk mengabaikan aspek fotografi pada telefon pintar ini.

Walaupun tidak setanding telefon pintar flaghip lain dipasaran, Black Shark 3 hadir dengan tetapan tri-kamera 64MP yang dilihat mencukupi untuk menawarkan anda satu peranti yang lengkap untuk semua ‘kerja’.

Sensor utama Black Shark 3 adalah sensor utama 64MP Sony IMX686, sensor ultra wide 13MP dan sensor bokeh 5MP.

Kami tidak terlalu memfokuskan kepada kamera Black Shark 3 ini namun ianya dilihat mampu menawarkan anda prestasi fotografi yang baik dan ianya juga boleh digunapakai untuk fotografi malam.

sample gambar yang diambil oleh Black Shark 3

 

Bateri dan Penyejukan

Black Shark 3 hadir dengan bateri berkapasiti 4,720mAh namun Black Shark telah menggunakan dua bateri berkapasiti 2,630mAh yang menampilkan teknologi sistem dwi-bateri pertama didunia dengan penyelaraian pengecasan dan pengunaan.

Bateri Black Shark 3 jug disertakan dengan teknologi pengecasan pantas 65W Hyper Charge yang membolehkan peranti anda dicaj penuh dalam masa 39 minit (0-100%) manakala pengecasan ke tahap 50% hanya mengambil masa 12 minit.

Selain itu, Black Shark 3 juga hadir dengan sokongan pengecasan magnetik melalui tiga titik pada panel belakang dan ianya mampu mengeluarkan output pengecasan pada kadar 18W dan ini memberikan pengecasan ergonomik ketika anda sibuk didalam sesi gaming.

Bercakap mengenai teknologi penyejukan yang ditawarkan pada Black Shark 3 Pro, ianya adalah sistem penyejukan generasi ke-4 yang memiliki struktur ‘sandwich’.

Pemproses, cipset WiFi, modem 5G, litar pengecasan dan semua sumber haba yang lain telah diletakkan dibahagian atas dan bawah papan utama. Dua paip penyejukan cecair telah dililit pada dua bahagian papan utama ini dan secara langsung juga bersentuhan dengan komponen yang disenaraikan.

Penutup

Jika dibandingkan pada harga penjualan RM 2,799, Black Shark 3 boleh dikatakan sebagai telefon pintar gaming asli yang termurah di Malaysia.

Dengan pelbagai aksesori sampingan, Black Shark 3 mampu menawarkan anda satu pengalaman gaming luar biasa yang juga menjanjikan sokongan rangkaian 5G apabila ianya sudah mula ditawarkan di Malaysia.

Kami juga menyarankan anda membeli Black Shark 3 yang merupakan set rasmi Malaysia kerana rangkaian 5G bagi telefon pintar set import mungkin tidak menyokong 5G di Malaysia.

Anda boleh mendapatkan Black Shark 3 secara eksklusif di  Black Shark Official Online Store di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.