Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

realme Watch Malaysia – Skrin Paparan Berwarna, Pengawasan Kesihatan 24 Jam & Smart Connect

realme Watch Malaysia – Skrin Paparan Berwarna, Pengawasan Kesihatan 24 Jam & Smart Connect

Sejak penubuhan syarikat hampir 2 tahun lalu, realme telah membina asas yang kukuh dengan pelancaran pelbagai telefon pintar yang telah berjaya memenangi hati pengguna sehingga meletakkan realme sebagai syarikat No.7 terbaik dunia.

Dengan semangat Dare To Leap, realme kini telah mula meneroka ekosistem produk AIoT yang mana ianya adalah aksesori pintar yang melengkapkan lagi pengalaman pengunaan telefon pintar.

Produk AIoT realme merupakan satu ekosistem yang lengkap yang mana realme Malaysia akan memperkenalkan 5 produk AIoT terbaru mereka ke pasaran tempatan pada 11 Jun ini.

realme Watch – skrin paparan touchscreen

realme Watch menawarkan pengguna skrin paparan sesentuh berwarna  bersaiz 1.4-inci yang besar dengan resolusi 320*320 piksel. Dengan kepadatan piksel tinggi iaitu 323ppi, realme Watch menawarkan pengguna paparan yang vivid dan visual yang sangat realistik.

Dengan kecerahan maksima 380nits dan 10 tahap pelarasan, pengguna akan disajikan dengan paparan yang jelas tidak kira dimana anda berada.

Permukaan skrin realme Watch ini juga menggunakan gelas Corning Gorilla 2.5D digabunkan dengan rangka jam yang bulat untuk memberikan pengguna sentuhan yang lebih selesa.

Mengawasi tahap kesihatan 24/7 

realme Watch juga disertakan dengan pelbagai ciri kesihatan yang memastikan anda sentiasa mengetahui keadaan kesihatan anda.


Pengawasan Kadar Degupan Jantung 24 Jam “real-time”

realme Watch hadir terbina dengan sensor degupan jantung PPG optik yang menyokong bacaan degupan jantung 24-jam dan lebih penting dengar kadar ketepatan yang tinggi dan pantas.

Anda juga akan diberikan amaran apabila kadar degupan jantung terlalu tinggi atau terlalu rendah yang mungkin memberikan anda masa yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan perubatan dengan segera

Bacaan degupan jantung ini dicapai dengan memantulkan cahaya hijau kepada kulit sebelum membaca pantulan cahaya ini.

Sensor yang digunakan pada realme Watch telah diuji didalam pelbagai senario untuk memastikan ketepatan, kesesuaian tona warna kulit dan pengunaan bateri.

realme Watch akan mengukur kadar degupan jantung setiap 5 minit ,24 jam sehari namun memiliki jangka hayat bateri yang sangat efisen.


Bacaan Tahap Saturasi Oksigen Dalam Darah (SpO2)

realme Watch mampu mengesan kadar oksigen didalam darah yang merupakan satu penanda aras penting yang menentukan keadaan kesihatan fizikal seseorang. Jika oksigen darah rendah, ini bermaksud sel tidak akan menerima oksigen yang mencukupi yang akan mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

Secara tradisinya, mengukur kadar oksigen darah memerlukan peralatan perubatan khas namun dengan realme Watch, fungsi ini kini boleh diakses bila bila sahaja. Dari segi ketepatan bacaan realme Watch mencapai peratusan yang tinggi apabila dibandingkan dengan alat pengukur tradisional.


14 Mod Sukan

realme menyokong 14 mod sukan yang bermaksud aktiviti ini akan direkodkan.

14 aktiviti sukan yang disokong pada realme Watch adalah larian kawasan terbuka, larian kawasan terturup, latihan ketahanan, bola sepak, bola keranjang, ping pong, badminton, basikal, eesin elips, Yoga dan Kriket.

realme Watch juga mempunyai kebolehan untuk mengesan samada anda berjalan atau berlari dan setiap langkah anda akan direkodkan dengan algoritma yang tepat.


Notifikasi Pintar

realme Watch mampu menerima notifikasi dari semua aplikasi dengan paparan ikon aplikasi tersebut.

realme Watch boleh dipadankan dengan telefon pintar realme dan telefon pintar Android yang lain dengan mudah dan ianya turut hadir dengan sokongan paparan panggilan, SMS dan mesej aplikasi pihak ketiga.

realme Watch juga telah menerima sokongan daripada semua aplikasi pihat ketiga bagi penawaran notifikasi pintar yang termasuk Facebook, Whatsapp dan Instagram.

realme Watch boleh disambungkan kepada telefon pintar realme atau telefon pintar Android melalui aplikasi realme Link.

Aplikasi realme Link membolehkan anda mengakses semua ciri realme Watch dan melihat statistik penuh data kesihatan anda.

Sebagai satu produk penting didalam strategi  AIoT realme, realme Watch adalah satu tunjang utama didalam sistem AIoT realme. Dengan kemaskini OTA tidak lama lagi, realme Watch akan mempunyai kebolehan untuk mengawal pelbagai peranti AIoT tanpa perlu membuka telefon pintar.


realme Watch akan dilancarkan bersama-sama 4 lagi peranti AIoT realme pada 11 Jun ini dan anda boleh menonton majlis pelancaran ini di Facebook realme Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.