Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 20 Pro akan ditawarkan mulai 15 Ogos ini pada harga RM 2,299 dan hadiah percuma bernilai RM 500

Honor 20 Pro Malaysia Free Gift

Honor Malaysia secara rasminya telah mengesahkan bahawa penjualan Honor 20 Pro akan  bermula pada 15 Ogos ini dengan harga penjualan RM 2,299 didalam dua pilihan warna iaitu ‘biru phantom’ dan hitam ‘phantom’

Honor 20 Pro akan ditawarkan melalui di semua HONOR Experience Stores (HES) dan rakan penjual rasmi dan setiap pembelian Honor 20 Pro juga akan menerima satu beg bagasi premium, kayu selfie tripod Honor,l dan speaker mini Bluetooth Honor.

Terus ke spesifikasi, Honor 20 Pro hadir ini dengan reka bentuk yang sedikit berlainan dari Honor 20 yang mana panel belakang versi Pro ini digelar sebagai ‘Dynamic Holographic’

Seperti Honor 20, Honor 20 Pro turut hadir dengan skrin paparan hole punch berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91.76%, pemproses Kirin 980 dengan teknologi dwi-NPU, sehingga 8GB RAM, sehingga 256GB memori simpanan dalaman dan GPU Turbo 3.0 yang menyokong hampir 25 permainan video terkemuka.

Bercakap mengenai kamera, Honor 20 Pro hadir dengan kamera Sony IMX586 48MP f/1.4, satu sensor lensa lebar 16MP f/2.2, satu sensor telefoto 8MP f/2.4 yang menawarkan 3x Zoom dan sensor Macro 2MP f/2.4 . Honor 20 Pro turut disertakan dengan pemfokusan auto laser.

Honor 20 Pro moon handheld mode

Honor 20 Pro juga hadir dengan dual-OIS, AIS Super Night, AI Ultra Clarity dan mod penggambaran bulan ‘Handheld Moon Mode’ seperti pada P30 dan P30 Pro.

Honor 20 Pro Malaysia

Honor 20 Pro juga hadir dengan kamera selfie beresolusi tinggi iaitu 32MP, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan teknologi pengecasan 22.5W Honor SuperCharge.

Honor 20 Pro turut hadir dengan Magic OS 2.1, efek bunyi 9.1 Surround Sound dan teknologi penyejukan cecair Graphene Cooling Sheet.

Selain itu, Honor juga telah mengumumkan bahawa Honor 20 Pro akan turut hadir dengan jaminan waranti selama 24 bulan.

Sumber

ULASAN : Honor 20 – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.