Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan minuman Teh The Alley ‘Capture Wonder’ mulai hari ini

The Alley Capture Wonder Bubble Tea

Kegilaan ‘Bubble Tea’ di Malaysia boleh dikatakan terlalu hangat sehingga setiap stor yang menjual minuman ini dibanjiri orang ramai yang sanggup beratur panjang.

Sebagai mengikut trend semasa, Honor Malaysia telah mengumumkan satu kerjasama unik dengan The Alley untuk memperkenalkan minuman Capture Wonder sempena pelancaran Honor 20 Pro di Malaysia.

Honor 20 Pro akan ditawarkan mulai 15 Ogos ini pada harga RM 2,299 dan hadiah percuma bernilai RM 500

Teh ‘Capture Wonder’ The Alley ini adalah sejenis teh yang menghargai warna dan reka bentuk Holografik Honor 20 Pro dan anda akan menerima diskaun 50% jika anda memiliki Honor 20 Pro.

Minuman Teh Capture The Wonder ini akan diperkenalkan sebagai edisi terhad dibawah siri minuman Aurora The Alley yang hanya akan dijual dari 15 Ogos sehingga 14 September 2019.

Minuman ini menggunakan campuran jus pic dengan teh hijau yang menghasilkan warna gradient sama seperti Honor 20 Pro.

Anda boleh mendapatkan diskaun 50% bagi minuman Teh Capture Wonder dengan hanya menunjukkan Honor 20 Pro anda di mana-mana stor The Alley

Walaupun hanya satu penebusan diskaun 50% boleh dibuat didalam satu bil, anda boleh menebus seberapa banyak yang anda mahu melalui transaksi lain (bil berbeza).

ULASAN : Honor 20 – telefon pintar dengan teknologi quad-kamera terbaik dipasaran

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.