Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

HONOR MagicBook X16 2024 dan HONOR Band 9 kini rasmi di Malaysia

 

HONOR Malaysia juga telah memperkenalkan dua peranti baharu di Malaysia iaitu komputer riba HONOR MagicBook X16 2024 dan jam kecergasan HONOR Band 9.

HONOR MagicBook X16 2024

HONOR MagicBook X16 2024 hadir dengan skrin paparan FullView 16″ yang merupakan panel IPS anti-glare dengan nisbah 16:10 (1920 x 1200 piksel), dikuasakan cip Intel i5-12405H (12th Gen), 8GB RAM, 512GB storan dan Intel UHD Graphics.

Selain itu, MagicBook X16 2024 juga memiliki rekaan aloi aluminium dengan berat 1.89kg, papan kekunci full-size, Wi-Fi 6, bateri 42Wh bersama pengecasan pantas 65W dan Windows 11 Home.

Dalam pada itu, MagicBook X16 2024 juga menawarkan pelbagai ciri pintar seperti HONOR Connect, HONOR Device Clone, HONOR Share dan Multi-Screen Collaboration.

Akhir sekali, HONOR MagicBook X16 2024 akan ditawarkan didalam warna Space Grey pada harga RM 2,999 bermula 25 April ini yang turut disertakan dengan hadiah percuma bernilai RM 498.

HONOR Band 9

HONOR Band 9 adalah jam kecergasan terbaru syarikat ini yang memiliki skrin paparan AMOLED 1.5-inci (60Hz) dengan rekaan yang sangat ringan iaitu 16.3gram dengan ketebalan 9.49mm.

Band 9 juga tampil dengan mekansima Quick Release yang membolehkan penggantian tali dengan mudah, bateri 180mAh yang menawarkan sehingga 14 hari penggunaan, menyokong 96 mod kecergasan dan pelbagai mod kesihatan yang termasuk kadar degupan jantung, spO2, stress dan banyak lagi.

Seterusnya, HONOR Band 9 juga menawarkan kalis air 5ATM, ciri Remote Shutter, Find Your Phone dan menyokong penggunaan bersama peranti iOS dan Android.

HONOR Band 9 akan ditawarkan di Malaysia mulai 25 April ini didalam tiga warna iaitu Purple, Black dan Blue pada harga RM 199.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.