Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor View20, 8X dan 8C kini hadir dengan harga yang lebih murah

Honor View20, Honor 8X , Honor 8C malaysia

Honor View20, 8X dan 8C kini hadir dengan harga yang lebih murah

Honor Malaysia telah mengumumkan bahawa mulai hari ini, tiga model telefon pintar Honor iaitu Honor View20, Honor 8X dan Honor 8C kini hadir dengan harga penjualan yang baru.

Honor View20 yang hadir didalam dua versi iaitu 6/128GB kini ditawarkan pada harga RM 1,499 sahaja manakala versi 8/256GB pula ditawarkan pada harga RM 1,899.

Dapatkan waranti 2 tahun dengan pembelian telefon pintar Honor yang terpilih

Selain itu, Honor juga telah mengumumkan penawaran waranti selama 24-bulan bagi model telefon pintar Honor melalui kempen Rileks, Beli Jedan ianya termasuk Honor View20.

Dua model telefon pintar Honor yang turut menerima penurunan harga adalah Honor 8X yang kini ditawarkan pada harga RM 799 manakala Honor 8C pula ditawarkan pada harga RM 549 sahaja.

Harga penjualan terbaru ini boleh dinikmati di ; HONOR Experiential Stores (HES), hihonor, Shopee, Lazada dan di semua stor rakan penjual yang sah.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.