harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan waranti 2 tahun dengan pembelian telefon pintar Honor yang terpilih

Promosi Rilek Beli Je Honor Malaysia

Dapatkan waranti 2 tahun dengan pembelian telefon pintar Honor yang terpilih

Honor Malaysia masih belum ingin menamatkan promosi sempena ulang tahun ke-5 Honor dan kali ini telah mengumumkan penawaran jaminan waranti 24-bulan bagi telefon pintar Honor yang terpilih dan promosi ini juga termasuk bagi Honor 20 Pro yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Honor Malaysia telah mengesahkan bahawa pembelian Honor View20, Honor 20, Honor 20 Lite dan Honor 20 Pro mulai 22 Julai sehingga 30 September 2019 akan melayakkan anda menerima jaminan waranti tambahan selama 1 tahun (1 tahun + 1 tahun).

honor20Pro_malaysia_mobilefokus

Seperti biasa, telefon pintar Honor ini hadir dengan jaminan waranti selama satu tahun dan tambahan setahun lagi waranti boleh ditebus melalui aplikasi HiCare.

Pelan jaminan tambahan ini memberikan anda ketenangan minda untuk tempoh 24 bulan dari pembelian telefon pintar yang mana anda terlindung dari kos pembaikan dan jaminan alat ganti 100% tulen.

Berikut adalah langkah untuk menebus pelan waranti tambahan Honor :

Langkah 1 : buka aplikasi HiCare, tekan poster “Extended Warranty Plan” di bahagian atas skrin

Langkah 2 : kemaskini aplikasi HiCare apabila disuruh oleh sistem

Langkah 3 : ID diperlukan untuk penebusam pelan waranti tambahan

Langkah 4 : tekan “Click Here Now” untuk menebus pelan waranti tambahan dan penebusan pelan ini harus dibuat didalam masa 7 hari dari tarikh pembelian.

Langkah 5 : aplikasi akan mengesahkan samada permohonan untuk melanjutkan waranti berjaya atau tidak.

Maklumat lanjut layari : https://www.hihonor.com/my/rileks-beli-je-warranty.html

harimaubet