Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Realme 3 Pro – telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 1

Selepas pelancaran jenama telefon pintar Realme ke pasaran Malaysia lewat tahun lalu, Realme telah berjaya menambat hati kebanyakkan pengguna di Malaysia.

Sebagai satu jenama muda yang mampu menawarkan telefon pintar yang baik pada harga berpatutan, Realme telah memecahkan beberapa rekod yang menjadikanya senagai antara jenama telefon pintar yang mencatatkan pertumbuhan paling tinggi didalam masa yang singkat.

Realme yang baru-baru ini telah menyambut ulang tahun pertama telah tampil semula ke pasaran Malaysia dengan satu lagi telefon pintar premium pada harga mampu milik dan peranti ini juga sudah pasti akan menjadi pilihan ramai.

Selepas pengenalan Realme 3 beberapa bulan lalu, Realme 3 Pro kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia dengan harga penjualan dari RM 899 sahaja.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 2

Apa yang ada didalam kotak

Seperti Realme 3, Realme 3 Pro juga hadir dengan kotak pembungkusan berwajah baru iaitu dengan skema warna kuning dan kelabu serta logo baru Realme.

Sejurus sahaja membuka kotak, anda akan disajikan kata-kata pendahuluan sebagai ahli baru didalam keluarga Realme.

Kotak itu menyimpan beberapa risalah penggunaan manual yang tak mungkin kita baca dan bekas plastik warna jernih.

Selepas itu anda akan dapat melihat watak utama kotak ini iaitu Realme 3 dan ianya turut disertakan dengan filem perlindungan gelas pada bahagian hadapan.

Realme 3 turut hadir dengan kable pengecasan VOOC selain plak pengecasan VOOC yang memberikan anda pengecasan pantas 20W tersedia dari kotak.

Seperti Realme 2 Pro, Realme 3 tidak disertakan dengan earphone dan anda harus membelinya secara berasingan.

Beli Realme 3 Pro sekarang di Lazada

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 3

Spesifikasi Utama Realme 3 Pro

Skrin Paparan : IPS LCD 6.3-inci, 2340*1080, FHD+, 408 PPI ( Corning Gorilla Glass 5)

Pemproses : Qualcomm Snapdragon 710 AEI (10nm)

GPU : Adreno GPU 616

RAM + Memori dalaman : 4GB/64GB @ 6GB/128GB

Slot microSD : sehingga 256GB

Kamera belakang : 16 MP (f/1.7) 1/2.6” + 5 MP (f/2.4)

Kamera Selfie : 25 MP (f/2.0)

Bateri : 4,045mAh (VOOC 3.0)

SIM : dwi-SIM Nano

Bluetooth : Bluetooth 5.0, A2DP, LE

Wifi:802.11a/b/g/n/ac, 2.4GHz, 5GHz

GPS:A-GPS/GLONASS

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 4

Reka Bentuk

Sekilas pandang pasti ramai yang tidak dapat membezakan Realme 3 Pro dan Realme 2 Pro khususnya dari bahagian hadapan.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 5

Realme 3 Pro hadir dengan reka bentuk panel hadapan yang sama seperti Realme 2 Pro iaitu skrin paparan dengan takukan waterdrop berukuran 6.3-inci.

Ini memberikan Realme 3 Pro nisbah skrin kepada badan yang tinggi iaitu 90.8% dan skrin paparan IPS LCD turut hadir dengan gelas perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Walaupun mempunyai saiz skrin paparan yang sama seperti Realme 2 Pro, Realme 3 Pro mempunyai profil yang lebih kompak dan ini membolehkan telefon pintar selesa untuk dipegang sebelah tangan.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 6

Ini adalah disebabkan Realme 3 Pro memiliki ketebalan 8.3mm iaitu 0.2mm lebih nipis berbanding Realme 2 Pro.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 7

Beralih kepada panel belakang Realme 3 Pro, ianya masih menggunakan rangka plastik yang namun dengan kemasan gradiasi yang turut ditawarkan pada Realme 3.

Walaubagaimanapun Realme 3 Pro juga mempunyai garisan halus berbentuk ‘S’ yang dikatakan dinspirasikan dari litar lumba Le Mans.

Panel belakang Realme 3 Pro ini nampaknya tidak mempunyai sebarang lapisan perlindungan yang mungkin menyebabkan ianya mudah calar.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 8

Seperti Realme 3, Realme 3 Pro juga hadir dengan logo Realme yang baru dan ianya hadir dengan kemasan perak.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 9

Modul kamera Realme 3 Pro kini menegak dan bukanya melintang seperti pada Realme 2 Pro manakala sensor capjari kini hadir dengan satu gelung berwarna krom.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 10

Realme 3 Pro masih mengekalkan pengunaan bicu audio 3.5mm, slot microUSB, butang kuasa dan butang suara pada posisi yang sama seperti Realme 2 Pro namun gril pembesar suara kini telah dipindahkan ke bahagian kanan panel bawah peranti.

Beli Realme 3 Pro sekarang di Lazada

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 11

Skrin Paparan

Realme 3 Pro hadir dengan skrin paparan IPS LCD berukuran 6.3-inci yang menolak resolusi FHD+ 1080 x 2340 piksel pada nisbah skrin 19:5:9.

Skrin paparan ‘dew drop’ini mempunyai kepadatan piksel 409ppi dengan nisbah skrin kepada badan 90.8%.

Di atas kertas, panel skrin paparan yang digunakan pada Realme 3 Pro adalah sama iaitu dari segi saiz, jenis panel dan jenis takukan namun penghasilan warna pada Realme 3 Pro nampaknya lebih terang dan lebih berwarna khususnya warna hitam.

Apa yang mengecewakan sedikit adalah, Realme tidak cuba untuk mengubah profil reka bentuk panel hadapan kepada reka bentuk yang lebih unik khususnya kerana Realme 2 Pro telah menggunakan reka bentuk ini.

Bezel yang mengelilingi skrin adalah sama seperti pada Realme 2 Pro yang mana ianya berada pada tahap minima kecuali pada bahagian bawah yang mana ruang ‘hitam’ tersebut merupakan tempat terletaknya komponen seperti slot bicu audio, slot microUSB dan pembesar suara.

Dengan harga penjualan yang sangat kompetitif, Realme harus diberikan pujian kerana masih mahu menawarkan teknologi yang lebih baik apabila menyertakan lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 5. Ianya hanya satu tahap lebih rendah dari Gorilla Glass 6 yang digunakan pada peranti kelas flagship dengan harga penjualan premium.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 12

Pemproses

Realme 3 Pro hadir dengan pemproses Snapdragon 710 AEI yang merupakan pemproses keluaran Qualcomm yang diposisikan betul-betul dibawah pemproses flagship Snapdragon 855.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 13

Pengunaan pemproses Snapdragon 710 ini membolehkan Realme menawarkan teknologi pemprosesan kelas premium pada harga yang lebih berpatutan.

Pemproses Realme 3 Pro ini juga disertakan dengan unit pemprosesan grafik Adreno 616 yang menjanjikan 35% peningkatan prestasi berbanding GPU daripada Adreno sebelum ini.

Pengecaman AI pada Realme 3 Pro juga lebih tepat dan menyeluruh dimana ianya adalah 2.5 kali ganda lebih baik berbanding pemproses Snapdragon 660 AEI yang digunakan pada Realme 2 Pro.

Realme 3 Pro ini turut disertakan dengan 6GB RAM dengan dua kapasiti memori dalaman iaitu 64GB atau 128GB.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 14

Selain itu, Realme 3 Pro juga hadir dengan UI ColorOS 6 yang terbaru dan ini berdasarkan sistem operasi Android Pie.

ColorOS 6 pertama kali digunakan pada telefon pintar Realme 3 dan pada pendapat kami ianya adalah versi ColorOS terbaik pernah kami gunakan.

ColorOS 6 adalah UI yang dibangunkan oleh Oppo dan Realme telah menggunakan UI ini tanpa sebarang perubahan yang dramatik.

Seperti sistem operasi asli Google, ColorOS 6 juga menawarkan pengunaan app drawer dan tidak terlalu banyak bloatware atau aplikasi pihak ketiga pada telefon pintar ini.

Realme 3 Pro juga menyaksikan penawaran aplikasi FM Radio yang merupakan sesuatu yang berguna dan harus juga kami tekankan bahawa ianya tidak disertakan pada Realme 2 Pro.

Bercakap mengenai prestasi gaming Realme 3 Pro, ianya adalah pemproses yang sangat efisen namun mempunyai kuasa pemprosesan luar biasa yang mampu menandingi mana-mana pemproses kelas pertengahan lain dipasaran.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 15

Prestasi gaming pada Realme 3 Pro ini juga disertakan dengan aplikasi khas Game Space yang hadir dengan Hyper Boost 2.0.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 16

Game Space hadir dengan tiga mod yang membolehkan pretasi peranti diubah mengikut keperluan aplikasi permainan video tersebut.

Tiga mod tersebut adalah mod Competitive yang menawarkan pretasi tinggi dengan pengunaan bateri yang lebih tiggi , mod Balanced yang menawarkan pretasi dan jangka hayat bateri yang seimbang dan mod Lower Power Consumption yang meningkatkan jangka hayat bateri namun pretasi grafik yang rendah.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 17

Permainan PUBG yang popular nampaknya boleh dimainkan dengan tetapan grafik tertinggi manakala permainan Fortnite pula didakwa boleh dimainkan pada kadar grafik 60fps namun cubaan kami untuk memainkan game ini pada kadar 60fps tidak berjaya kerana hanya 30fps dibenarkan (mungkin ada kemaksini OTA didalam masa terdekat yang membolehkan ianya dimainkan pada grafik yang lebih tinggi).

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 18

Kamera

Realme 3 Pro hadir dengan kamera utama 16MP Sony IMX 519 yang mempunyai aperture f/1.7. Sensor Sony ini juga dipadankan dengan satu sensor kedalaman 5MP yang memiliki aperture f/2.4.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 19

Kamera belakang Realme 3 Pro ini juga hadir dengan sokongan AI Scene Recognition yang menawarkan tetapan terbaik atau meningkatan warna pada bahagian tertentu untuk gambar yang lebih cantik dan berkualiti tinggi.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 20

Selain itu, mod penggambaran potrait Realme 3 Pro juga menghasilkan gambar potrait yang baik namun perisian kamera dilihat menghadapi sedikit masalah untuk mengasingkan latar belakang dan subjek dengan lebih sempurna khususnya di bahagian rambut dan sisi subjek.

Walaubagaimanapun ianya tidak mengubah kualiti gambar potrait yang secara jujur antara yang terbaik yang boleh anda dapat telefon pintar dengan tahap harga ini.

Realme 3 Pro juga menjadi telefon pintar pertama pada tahap harga ini untuk menawarkan pengambilan video gerak perlahan super slow-mo pada kadar bingkai 960fps iaitu pada resolusi HD 720p.

Ciri ini hanya ditawarkan pada telefon pintar kelas flagship seperti Galaxy S10, Galaxy S10 Plus, Huawei P30 dan Huawei P30 Pro.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 21

Selain itu, Realme 3 Pro juga hadir dengan mod kamera malam NightScape yang memberikan anda mengambil gambar waktu malam didalam prespektif baru.

Selepas mencuba sendiri pada Realme 3 yang dilancarkan beberapa bulan, kami amat tertarik dengan kebolehan mod ini.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 22

Mod malam NightScape yang ditawarkan pada Realme 3 Pro ini mampu menyaingi apa yang ditawarkan oleh Huawei melalui P30 dan P30 Pro yang mendominasi kedudukan terbaik DxOMark.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 23

Realme 3 Pro juga disertakan dengan mod penggambaran manual UHD yang boleh diambil pada resolusi 64MP dan mod Chroma Boost.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 24

Bercakap mengenai kamera selfie yang dimiliki oleh Realme 3 Pro, ianya hadir dengan sensor 25MP dengan aperture f/2.0.

Teknologi AI turut diadaptasikan pada kamera hadapan dan ianya disertakan dengan algoritma Selfie Pro yang digunakan pada Realme U1.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 25

Ini membolehkan kamera selfie Realme 3 Pro mengekalkan kesemua maklumat wajah muka seperti warna kulit, mata dan rambut menerusi 296 titik pengecaman wajah.

Beli Realme 3 Pro sekarang di Lazada

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 26

Bateri

Realme 3 Pro hadir dengan bateri berkapasiti 4,045mAh iaitu jauh lebih besar berbanding Realme 2 Pro yang hanya hadir dengan bateri berkapasiti 3,500mAh.

Lebih menarik, Realme 3 Pro juga menjadi telefon pintar pertama Realme untuk hadir dengan sokongan pengecasan pantas dan ianya adalah teknologi pengecasan VOOC milik Oppo yang merupakan syarikat induk bagi Realme.

Pengecasan pantas VOOC ini adalah generasi ketiga namun sedikit mengecewakan ianya masih menggunakan slot microUSB.

Realme mendakwa dengan pengecasan VOOC 3.0 ini, anda boleh mengecas Realme 3 Pro dari 0-50% didalam masa 30 minit dengan pengecasan penuh mengambil masa 80 minit.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 27

Untuk memastikan kebenaran dakwaan ini, Kami telah mencuba sendiri pengecasan pantas VOOC 3.0 ini pada Realme 3 Pro.

Seperti yang didakwa Realme, pengecasan dari 0-50% telah berjaya diselesaikan didalam masa 31 minit manakala pengecasan penuh (100%) telah mengambil masa 83 minit sedikit tersasar dari apa yang didakwa Realme.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 28

Realme 3 Pro juga hadir dengan mod penjimatan bateri yang dikenali sebagai Screen Battery Optimization yang mampu meningkatkan jangka hayat bateri sebanyak 5 hingga 10%.

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 29

Penutup

Realme sekali lagi telah membuktikan bahawa spesifikasi premium kelas flagship boleh dibawa kepada telefon mampu milik seperti Realme 3 Pro.

Walaupun boleh diiktiraf sebagai telefon pintar terbaik pada tahap harga ini, masih ada ruang untuk Realme memperbaiki kelemahan-kelemahan telefon pintar Realme 3 Pro ini pada generasi akan datang.

Pada generasi akan datang, kami berharap Realme akan mula mempertimbangkan pengunaan rangka berasaskan keluli dan panel belakang yang gelas kerana reka bentuk asestik juga merupakan satu aspek penting bagi telefon pintar pada masa kini.

Berikut adalah harga penjualan Realme 3 Pro di Malaysia

Realme 3 Pro – 4GB/64GB – RM 899

Realme 3 Pro – 6GB/128GB – RM 1,099

Beli Realme 3 Pro sekarang di Lazada

Gambar yang diambil melalui Realme 3 Pro

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 30

ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 31ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 32ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 33ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 34ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 35ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 36ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 37ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 38ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 39ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 23ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 41ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 42ULASAN : Realme 3 Pro - telefon pintar mampu milik dengan spesifikasi premium terbaik di pasaran 43

Perkongsian Gambar-Gambar Yang Diambil Melalui Realme 3 Pro

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.