Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Program Beta Android Q kini telah mula ditawarkan bagi Realme 3 Pro

Telefon pintar terberu Realme iaitu Realme 3 Pro akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 14 Mei ini dan ini mungkin berita yang pasti membuatkan anda lebih teruja untuk membeli telefon pintar terbaru Realme ini.

Realme Malaysia secara rasminya telah mengumumkan bahawa program beta sistem operasi Android Q kini telah dibuka secara eksklusif untuk pemilik telefon pintar Realme 3 Pro.

Hasil kerjasama rapat dengan Google, Realme 3 Pro akan menjadi antara telefon pintar pertama didunia untuk menerima versi beta sistem operasi Android Q ini.

Program Beta bagi Android Q ini kini telah dibuka untuk pendaftaran dan anda boleh mendaftar sejurus selepas menerima telefon pintar Realme 3 Pro anda.

Antara ciri-ciri terbaru Android Q adalah notifikasi mengikut keutamaan, tema yang lebih gelap, navigasi isyarat dan banyak lagi.

Sertai Program Beta Android Q Realme 3 Pro di pautan dibawah

Program Beta Android Q Realme 3 Pro

https://mobilefokus.com/2019/04/30/realme-3-pro-akan-dilancarkan-secara-rasmi-di-malaysia-pada-14-mei-2019/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.