Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Vivo V15 edisi Blossom Pink akan dilancarkan pada 13 Mei ini

Vivo Malaysia kini telah mengumumkan bahawa Vivo V15 edisi Blossom Pink (merah jambu) akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 13 Mei ini.

Pelancaran Vivo V15 edisi merah jambu ini akan turut menyaksikan pengumuman khas mengenai kerjasama antara Vivo dan SimplySiti.

Menyentuh sedikit mengenai spesifikasi, Vivo V15 ini hadir dengan saiz skrin paparan yang sama seperti V15 Pro iaitu FHD+ 6.53-inci namun hanya panel LCD, pemproses MediaTek Helio P70, 6GB RAM, 128GB storan dalaman.

Vivo V15 juga hadir dengan kamera selfie pop-up 32MP, tetapan tiga sensor kamera belakang iaitu 12MP+8MP+5MP dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan 5V/2A.

Beli Vivo V15 melalui Lazada ( didalam dua pilihan earna iaitu biru atau merah).

https://s.lazada.com.my/s.oEiT

Harga bagi Vivo V15 didalam warna merah jambu di Malaysia masih belum diumumkan namun ianya mungkin ditawarkan sekitar RM 1,299-RM 1,599

Vivo V15 Pro versi 8GB RAM kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,899 sahaja

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.