Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Sertai Peraduan Selfie Vivo & Menangi Hadiah Melebihi RM 100,000

Vivo Malaysia telah mengumumkan satu pertandingan yang dikenali sebagai vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie” yang diadakan dengan kerjasama siri telefon pintar siri Vivo V15.

Walaupun dianjurkan oleh Vivo, peraduan selfie ini terbuka kepada semua pengguna tidak kira jenama telefon pintar yang digunakan.

Peraduan ini akan bermula dari 6 Mei sehingga 24 Mei dan 30 selfie terbaik akan dpilih berdasarkan jumlah ‘like’ yang diterima akan diumumkan pada 25 dan 26 Mei 2019.

Berikut adalah langkah-langkah untuk menyertai peraduan vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie”

Langkah 1: Like Laman Facebook Rasmi “vivo Malaysia” di (https://www.facebook.com/VivoMalaysia)

Langkah 2: Ambil gambar selfie menggunakan mana-mana telefon pintar.

Step 3: Muat naik gambar selfie anda di akaun Facebook atau Instagram peribadi anda dengan Caption “vivo V15Pro Top Influencer – 32MP Perfect Selfie” dan tetapkan akaun anda sebagai “PUBLIC” dengan Hashtag #vivoMalaysia #V15 #V15Pro #32MP #WorldFirstElevatingFrontCamera #V15ProTopInfluencer.

Langkah 4: Kongsikan selfie anda di bahagian komen post peraduan di (https://www.facebook.com/VivoMalaysia/posts/1327997287361127)

Vivo akan memuat turun kesemua gambar selfie peserta di satu album khas untuk peraduan ini dan orang awam boleh mengundi dengan hanya menekan ‘like’.

30 pemenang akan dipilih berdasarkan rangking hashtag dan jumlah undian di album.

Maklumat lebih lanjut akan diumumkan di akaun Facebook Vivo Malaysia bagi 5 peserta terbaik.

Peraduan Selfie Lovers Vivo ini menawarkan hadiah yang bernilai melebihi RM 100,000.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.