Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 Pro edisi terhad Marvels Avengers End Game akan tiba di Malaysia 24 April ini

Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa telefon pintar terbaru mereka iaitu F11 Pro akan hadir didalam satu edisi terhad Marvel’s Avengers : End Game

Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers ini akan dilancarkan di Malaysia pada 24 April iaitu pada hari sama tayangan cerita superhero Avengers : End Game akan ditayangkan di Malaysia.

Oppo F11 Pro ini dilihat akan hadir dengan beberapa ciri khas seperti tema, wallpaper dan logo Marvel di panel belakang.

Buat masa ini harga penjualan Oppo F11 Pro edisi Marvel’s Avengers : End Game masih belum diumumkan namun segala maklumat mengenai telefon pintar ini akan kami dedahkan pada 24 April ini.

Bercakap mengenai Oppo F11 Pro, ianya memiliki kamera utama 48MP + 5MP yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja.

Antara spesifikasi utama Oppo F11 Pro adalah skrin paparan LTPS IPS berukuran 6.53-inci, pemproses MediaTek Helio P70, 6GB RAM, 128GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 4,000mAh dengan sokongan pengecasan VOOC 3.0.

Oppo F11 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April ini secara eksklusif di Shopee

Xiaomi Redmi Go akan mula ditawarkan di Malaysia pada 13 April ini dengan harga penjualan RM 299 sahaja

Oppo F11 Pro juga dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 sahaja

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

Comments

comments