Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : OPPO Reno11 F 5G – Rekaan Menyegarkan dan Prestasi Memuaskan

Pengenalan

Susulan pelancaran OPPO Reno11 Series beberapa bulan lalu, OPPO kini telah mengumumkan bahawa OPPO Reno11 F akan dilancarkan di Malaysia pada 15 Mac ini.

OPPO Reno11 F 5G boleh dikatakan sebagai model yang paling mampu milik dikalangan keluarga Reno11 Series dan moniker F mungkin merujuk kepada posisi model ini sebagai peranti kelas entry-level midrange.

OPPO Reno11 F 5G kini ditawarkan di Malaysia dan berikut adalah ulasan telefon pintar ini.

Reka Bentuk

OPPO Reno11 F 5G tampil dengan reka bentuk yang premium yang mengekalkan DNA dua telefon pintar Reno11 Series yang dilancarkan sebelum ini.

Walaubagaimanapun, rekaan panel belakang Reno11 F ini adalah sedikit berbeza dimana ianya lebih menekankan kepada alam semulajadi yang dikenali sebagai Magnetic Particle Design. Anda boleh memilih daripada tiga kemasan yang ditawarkan iaitu Ocean Blue, Palm Green dan Coral Purple seperti unit ulasan kami.

Bercakap mengenai rangka, OPPO Reno11 F 5G tampil dengan rangka yang diperbuat daripada besi yang rata dan agak selesa untuk dipegang walaupun untuk tempoh yang lama.

Pada bahagian sisi kanan, OPPO telah menyertakan butang kuasa yang diletakkan pada posisi yang ergonomik bersama butang pelaras bunyi manakala slot SIM diletakkan pada sisi kiri.

Dalam pada itu, pada bahagian bawah terdapat slot USB-C dan gril pembesar suara mono.

Seterusnya, Reno11 F 5G juga memiliki penarafan kalis air dan habuk IP65 yang mampu melindunginya daripada hujan dan aktiviti kecergasan yang melibatkan air atau peluh.

Menutup bahagian reka bentuk ini adalah dengan ukuran dimensi telefon pintar ini yang mempunyai ketebalan sekitar 7.54mm dengan berat 177 gram.

Skrin Paparan

OPPO Reno11 G 5G tampil dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.7-inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz. Ianya adalah panel 10-bit yang mampu menawarkan 1 bilion warna dan terdapat juga penarafan HDR10+.

Panel ini juga menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz dengan sokongan kadar bingkai dinamik antara 60Hz,90Hz dan 120Hz.

Skrin paparan ini juga mempunyai lubang punch-hole untuk menempatkan kamera selfie 16MP dan ianya mempunyai nisbah skrin kepada badan 93.4% dan 2160Hz PWM Dimming.

Dalam pada itu, Reno11 F 5G juga mempunyai sensor capjari dalam skrin selain turut menyokong kecerahan maksima sehingga 900nits dan 1,100nits apabila memainkan kandungan HDR. 

Pemproses

OPPO Reno11 F 5G dikuasakan dengan cip Dimensity 7500 yang merupakan cip 6nm dengan 2 teras ‘performance’ bersama 4 teras ‘efficiency’ yang

menawarkan pengalaman penggunaan yang lancar dan pengurusan kuasa yang mengagumkan.

Selain itu, Reno11 F 5G ini juga dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB serta sehingga 8GB Dynamic RAM. Dengan ColorOS 14 dan Trinity Engine, Reno11 F 5G dikatakan mampu menjimatkan sehingga 23GB storan dengan memampatkan data yang tidak digunakan dan mengalih keluar pendua fail (Jangan risau, sokongan kad microSD sehingga 2TB juga turut disertakan).

Dalam pada itu, OPPO juga menjanjikan bahawa telefon pontar Reno11 F 5G ini akan mengekalkan prestasi seperti pada hari pertama walaupun selepas 4 tahun penggunaan dengan penarafan OPPO 48-Month Fluency Protection.

Beralih kepada antaramuka, Reno11 F 5G tampil dengan UI generasi baharu daripada syarikat ini iaitu ColorOS 14 yang berasaskan Android 14 dan ianya keselamatan, produktiviti, kebolehpercayaan, penggunaan yang lama dan banyak lagi.

ColorOS 14 membawakan pelbagai ciri baharu seperti File Dock yang menawarkan anda kemudahan untuk menyimpan gambar, teks atau file di satu lokasi yang boleh diakses dengan mudah melalui fungsi drag and drop pada mana-mana aplikasi pilihan anda. Ianya juga boleh di buka pada mana-mana peranti OPPO yang beroperasi dengan ColorOS 14 (hanya perlu log masuk akaun OPPO).

Satu lagi ciri yang menarik untuk kami tekankan adalah LinkBoost iaitu enjin pengoptimuman rangkaian yang dibangunkan yang kuasa penghantaran sehingga 100% lebih pantas dan 58.5% penerimaan yang lebih kukuh dengan menggabungkan pemilihan rangkaian AI dan reka bentuk antena 360 darjah untuk isyarat yang paling stabil.

Kamera

Oppo Reno11 F 5G memiliki tetapan tri-kamera yang terdiri daripada sensor utama OVB64 64MP dengan aperture f/1.7, sensor ultrawide IMX355 8MP dengan aperture f/2.2 dan sensor makro 2MP OVB210 yang menawarkan fotografi makro pada jarak sedekat 4cm.

Oppo Reno Series terkenal dengan jolokkan Portrait Expert dan Reno11F  5G memiliki beberapa ciri kamera yang berkuasa dan mampu memberikan anda hasil potret setaraf kamera profesional.

Satu lagi ciri kamera yang boleh diperkatakan adalah rakaman video 4K yang kini disokong pada kamera belakang dan kamera selfie.

Sensor utama OPPo Reno11 F 5G dilihat mampu menawarkan pengguna fotografi yang baik namun dua sensor yang disertakan bersama sensor utama ini dilihat tidak begitu memberangsangkan.

Dalam pada itu. Oppo Reno11 F 5G juga dilengkapi dengan kamera selfie 32MP IMX615 f/2.4 yang menawarkan prestasi selfie yang sangat baik dan ianya juga membolehkan anda mengambil gambar mod portrait yang menarik seperti pada kamera belakang.

Bateri

Walaupun memiliki profil rekaan yang nipis dan ringan, Reno11 F 5G masih mengekalkan kapasiti bateri yang besar iaitu 5,000mAh dan teknologi bateri yang baharu juga memastikan jangka bateri ini kekal melebihi 80% walaupun selepas 4 tahun digunakan.

Bersama bateri ini, OPPO Reno11 F 5G juga disertakan dengan pengecasan pantas 67W SUPERVOOC yang mampu memberikan 30% pengecasan didalam masa 10 minit atau 100% pengecasan didalam masa 48 minit sahaja.

Penutup

OPPO Reno11 F 5G adalah sebuah telefon pintar yang tampil pada harga bajet dan ini bermaksud telefon pintar ini tidak setaraf model Reno11 Series yang lain.

Walaubagaimanapun, Reno11 F 5G masih mampu menawarkan pengguna sebuah pakej telefon pintar yang sesuai untuk kegunaan harian dengan prestasi yang konsisten digabungkan dengan pelbagai ciri menarik dari ColorOS 14 dan prestasi kamera yang memuaskan.

Bagi yang berminat, OPPO Reno11 F 5G kini telah ditawarkan di Malaysia.

Dapatkanya di stor rasmi OPPO Malaysia

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.