Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

OPPO Reno11 F 5G kini rasmi di Malaysia pada harga RM 1,399

OPPO secara rasminya telah melancarkan telefon pintar OPPO Reno11 F 5G untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan RM 1,399.

OPPO Reno11 F 5G memiliki skrin paparan AMOLED 120Hz berukuran 6.7-inci yang merupakan panel 10-bit yang menyokong 1.07 bilion warna dan mempunyai penarafan HDR10+.

Selain itu, Reno11 F 5G menampilkan rekaan ‘Magnetic Particle’ yang sangat nipis iaitu 7.54mm dengan berat 177 gram dan ianya juga memiliki pensijilan kalis air dan habuk IP67.

Ke bahagian dalaman, Reno11 F 5G dikuasakan cip Dimensity Dimensity 7050, 8GB RAM, storan dalaman 256GB dan OPPO Trinity Engine yang memastikan peranti ini kekal seperti baharu walaupun selepas digunakan selama 48 bulan.

Beralih kepada kamera, Reno11 F 5G memiliki sensor utama 64MP, sensor ultrawide 112° 8MP dan sensor makro 2MP. Kamera selfie adalah 32MP IMX 615.

Seterusnya, Reno11 F tampil dengan bateri 5,000mAh bersama pengecasan pantas SUPERVOOC 67W, ColorOS 14, slot microSD dan ciri LinkBoost.

Akhir sekali, Reno11 F 5G hadir didalam tiga pilihan warna iaitu Coral Purple, Ocean Blue dan Palm Green dan pra-tempahan kini telah dibuka pada harga RM 1,399.

Jom baca ULASAN : OPPO Reno11 F 5G – Rekaan Menyegarkan dan Prestasi Memuaskan

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.