harimaubet_leaderboard

Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo Reno edisi 10x Zoom dan kamera selfie ‘Shark Fin’ dilancarkan secara rasmi

 

Oppo Reno edisi 10x Zoom dan kamera selfie ‘Shark Fin’ dilancarkan secara rasmi 1

Oppo secara rasminya telah melancarkan siri telefon pintar Oppo Reno yang mana sebagai permulaan sebanyak dua model telah dilancarkan iaitu Oppo Reno dan Oppo Reno edisi 10x Zoom yang menampilkan teknologi zoom 10x lossless.

Oppo Reno edisi 10x Zoom dan kamera selfie ‘Shark Fin’ dilancarkan secara rasmi 2

Oppo Reno 10x Zoom adalah telefon pintar kelas flagship terbaru Oppo yang hadir dengan teknologi kamera 13MP yang memiliki lensa persikop membolehkan Oppo Reno ini kebolehan zoom 10x lossess hibrid.

Teknologi 10x zoom lossless Oppo adalah antara yang terbaik di pasaran dan akan memasuki pasaran Malaysia tidak lama lagi

winner78

Selain itu, tetapan kamera belakang Oppo Reno 10x Zoom ini dilengkapi dengan satu sensor 48MP f/1.7 dan saru sensor lensa lebar 120 darjah pada resolusi 8MP.

Oppo Reno edisi 10x Zoom dan kamera selfie ‘Shark Fin’ dilancarkan secara rasmi 3

Kamera selfie juga memperkenalkan modul kamera terangkat yang baru dan diberikan gelaran ‘shark fin’ dan ianya memiliki resolusi 16MP f/2.0 dengan lensa 79.3 darjah.

Oppo Reno edisi 10x Zoom dan kamera selfie ‘Shark Fin’ dilancarkan secara rasmi 4

Dengan pengunaan kamera selfie terangkat Shark Fin, Oppo berjaya menempatkan skrin paparan FHD+ tanpa takukan 100% berukuran 6.6-inco dengan nisbah skrin kepada rangka 93.1% dan tidak lupa sensor capjari terbina dalam skrin.

Pada bahagian dalaman, Reno edisi 10x Zoom memiliki pemproses Snapdragon 855, dua pilihan RAM iaitu 6GB atau 8GB selain dua pilihan memori dalaman iaitu 128GB atau 256GB.

Oppo Reno edisi 10x Zoom dan kamera selfie ‘Shark Fin’ dilancarkan secara rasmi 5

Oppo 10x Zoom juga hadir dengan sistem operasi ColorOS 6 yang berasaskan Android Pie, pembesar suara stereo Dolby Atmos, teknologi penyejukan cecair dan bateri berkapasiti 4,065mAh yang turut menyokong pengecasan pantas VOOC 3.0 ( tiada super VOOC).

Oppo Reno 10x Zoom akan ditawarkan didalam dua warna iaitu hijau dan hitam.

Berikut adalah harga penjualan Oppo Reno 10x Zoom di China

Oppo Reno 10x Zoom 6GB/128GB – CNY 3,999 (RM2,452)

Oppo Reno 10x Zoom 6GB/256GB – CNY 4,499 (RM 2,759)

Oppo Reno 10x Zoom 8GB/256GB – CNY 4,799 (RM 2,943)

Sumber

harimaubet