Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Oppo F11 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April ini secara eksklusif di Shopee

Oppo F11 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April ini secara eksklusif di Shopee 1

Oppo Malaysia telah mengumumkan bahawa Oppo F11 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April ini dengan kerjasama Shopee Malaysia.

Pelancaran Oppo F11 dengan Shopee ini menyusul selepas pelancaran Oppo F11 Pro yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,299 sahaja.

Oppo F11 adalah versi yang lebih murah dan telefon pintar ini tidak mempunyai kamera selfie pop-up seperti F11 Pro.

Oppo F11 akan dilancarkan di Malaysia pada 16 April ini secara eksklusif di Shopee 2

Oppo F11 inj hadir dengan skrin paparan IPS LCD FHD+ berukuran 6.53-inci , pemproses MediaTek Helio P70, bateri berkapasiti 4,000mAh dengan pengecasan pantas Oppo VOOC 3.0 yang mana pengecasan penuh hanya mengambil masa 80 minit namun ianya hadir dengan slot microUSB.

Oppo F11 Pro dengan kamera 48MP+5MP dilancarkan secara rasmi pada harga RM 1,399 sahaja

Oppo F11 ditawarkan didalam kapasiti 4GB RAM dengan 128GB memori dalaman.

Bercakap mengenai kamera pula, Oppo F11 turut hadir dengan kamera utama 48MP dengan aperture f/1.79 selain kamera ‘pengesan kedalaman’ 5MP dengan f/2.4 .

Kamera ini hadir dengan sokongan pengambilan gambar waktu malam Ultra Night, pengesan adengan AI,  Color Mapping dan tidak lupa kamera selfie 16MP f/2.0.

Miliki Oppo F11 Pro pada bayaran bulanan RM 42 melalui pelan Digi Freedom 365

Huawei tawarkan program tukaran telefon pintar untuk membeli P30 atau P30 Pro

*spesifikasi mungkin tidak tepat 100%, akan kami kemaskini selepas pelancaran di Malaysia.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.