Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi – telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 1

Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar dengan skrin paparan foldable yang  turut menjadi telefon pintar pertama 5G syarikat ini.

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 2

Huawei Mate X hadir dengan reputasi telefon pintar foldable 5G terpantas didunia dan merupakan telefon pintar dengan skrin paparan fleksible kedua selepas Samsung Galaxy Fold.

Huawei Mate X hadir dengan modem 5G paling berkuasa didunia iaitu Balang 5000 yang dipadankan dengan pemproses 7nm Kirin 980, 8GB RAM dan 512GB memori dalaman.

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 3

Beralih kepada skrin paparan yang dimiliki oleh Huawei Mate X, ketika dilipat ianya memiliki panel skrin hadapan berukuran 6.6-inci (2480 x 1148), skrin belakang 6.38-inci (2480 x 892) dan keluasan penuh 8.0-inci (2480 x 2200) apabila dibuka sepenuhnya.

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 4

Huawei Mate X juga hadir dengan kamera selfie terbaik Leica kerana kamera hadapan juga berfungsi sebagai kamera belakang dan anda juga mampu menonton gambar portrait secara langsung melalui panel skrin hadapan atau belakang.

Pandangan pertama Realme 3 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 5Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 6

Huawei Mate X juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,500mAh yang mana ianya diasingkan kepada dua sel bateri. Lebih penting, Huawei Mate X hadir dengan pengecasan pantas paling terpantas didunia iaitu pada kadar 55W yang membolehkan bateri Huawei Mate X ini dicaj ke tahap 85% dalam masa 30 minit sahaja.

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 7

Selain itu, Huawei Mate X disahkan akan hadir dengan sokongan dwi-SIM (5G+4G), sokongan rangkaian 5G fasa 1 : NSA dan 5G fasa 2 : SA, quad antena 5G, sensor capjari pada butang kuasa dan mod multitasking.

Huawei Mate X dijangka akan memasuki pasaran sekitar pertengahan tahun ini dengan satu warna sahaja iaitu biru interstellar pada harga penjualan €2,299 (RM 10,610).

Huawei Mate20 X kini ditawarkan pada harga RM 2,899 sahaja

Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 8Huawei Mate X dilancarkan secara rasmi - telefon pintar foldable 5G paling pantas didunia 9

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.