Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar foldable 5G Huawei akan dilancarkan di MWC minggu ini

Huawei telah mengesahkan bahawa telefon pintar flagship Siri Huawei P30 akan dilancarkan pada 26 Mac di Paris namun ini tidak bermaksud Huawei akan ‘berdiam diri’ sehingga itu.

Huawei akan menyertai pameran teknologi Mobile World Congress yang akan bermula pada 24 Februari ini dan syarikat ini telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan telefon pintar 5G pertama syarikat ini.

Selain itu, teaser terbaru juga memberikan kita petunjuk bahawa Huawei akan melancarkan telefon pintar foldable yang akan menjadikan Huawei syarikat kedua untuk berbuat demikian selepas Samsung memperkenalkan Galaxy Fold.

Telefon pintar dengan skrin boleh lipat daripada Huawei ini mungkin hadir dengan harga penjualan yang lebih kompetitif atau sekurang-kurangnya lebih murah dari Galaxy Fold yang hadir dengan tag harga sekitar RM 8,000.

Buat masa ini tidak banyak maklumat mengenai telefon pintar foldable Huawei ini diketahui namun kita tidak perlu menunggu lama kerana pelancaran rasmi akan berlangsung didalam masa 2 hari sahaja lagi.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.