Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Huawei Mate20 X kini ditawarkan pada harga RM 2,899 sahaja

Huawei Malaysia sebelum ini telah mengumumkan penurunan harga bagi Huawei Mate 20 Pro iaitu dari RM 3,599 kepada RM 2,999 dan kini giliran Huawei Mate20 X pula menerima rawatan yang sama.

Huawei Malaysia telah mengumumkan bahawa Huawei Mate20 X akan hadir dengan harga penjualan baru iaitu RM 2,899 efektif serta-merta dan ini bermaksud penjimatan sebanyak RM 300 berbanding harga ketika pelancaran.

Huawei Mate 20 Pro kini ditawarkan pada harga RM 2,999

Huawei Mate20 X ini hadir dengan skrin paparan OLED berukuran 7.2-inci yang memiliki nisbah 18:7:9 dan pemproses Kirin 980 yang turut digunapakai pada Mate 20 dan Mate 20 Pro selain 6GB RAM dan 128GB memori simpanan dalaman.

Huawei Mate20 X  turut hadir dengan teknologi penyejukan graphene yang pertama kali digunakan pada telefon pintar. ( menggabungkan penyejukan vapor chamber dan graphene).

Huawei Mate 20 Pro turut memiliki bateri berkapasiti 5,000mAh yang akan juga menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge.

Bercakap mengenai kamera pula, Huawei Mate 20X hadir dengan teknologi kamera yang sama seperti Mate 20 dan Mate 20 Pro iaitu tetapa tiga kamera Leica generasi baru.

Tiga sensor kamera yang digunakan adalah satu sensor telefoto 8MP, satu sensor lensa lebar 40MP (wide angle) dan satu sensor lensa lebar ultra 20MP (ultra wide angle).

Huawei Mate20 X turut hadir dengan pelbagai fungsi penggambaran AI seperti AI video zoom, AI Scene and Object Recognition dan 4D Predict Focus.

Selain itu, antara ciri menarik pada Huawei Mate20 X adalah pengambilan gambar macro yang membolehkan anda mengambil gambar jarak dekat dengan jarak dari objek serendah 2.5 cm sahaja.

Huawei Mate20 X juga hadir dengan kamera selfie 24MP yang turut hadir dengan 3D Beaufication yang mampu mengesan 30,000 titik ekspresi muka.

Selain itu, setiap pembelian Huawei Mate20 X akan turut menerima stylus yang dikenali sebagai M-Pen dan bekas flip bernilai RM 300 secara percuma.

beli  Huawei Mate20 X

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.