Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Pandangan pertama Realme 3 yang kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

Anak syarikat Oppo yang berusia kurang daripada setahun iaitu Realme telah melancarkan telefon pintar terbaru mereka ke pasaran Malaysia iaitu Realme 3.

Realme 3  dilihat sekali lagi berpegang teguh kepada prinsip syarikat yang ingin menawarkan telefon pintar dengan spesifikasi baik pada harga yang amat berpatutan.

Realme 3 dengan reka bentuk gradiasi premium dan dwi-kamera kini ditawarkan di Malaysia pada harga dari RM 599

HONOR Malaysia Celebrates Its 5th Anniversary with The Biggest Party Ever! 3 min read

Kami telah memperoleh unit ulasan Realme 3 yang membolehkan kami memberikan anda gambaran eksklusif pengalaman buka kotak yang anda akan lalui apabila membeli telefon pintar ini.

Bercakap mengenai kotak Realme 3 ini, Realme 3 menjadi model pertama untuk hadir dengan logo dan skema warna baru yang diumumkan ketika pelancaran Realme C1 di Malaysia.

Jika dulu, warna merah dan biru digunakan pada kotak ini, kotak Realme 3 kini hadir didalam warna kelabu dengan tulisan berwarna kuning dan kini terdapat juga logo Realme yang baru pada sisi bawah kotak.

Kotak dalam Realme 3 pula hadir didalam warna kuning dan pada bahagian dalam terdapat telefon pintar Realme 3 dan pelbagai manual penggunaan.

Tidak seperti pada telefon pintar Realme sebelum ini, plak pengecasan hadir  penjenamaan Realme dan bukanya Oppo dan  dengan output 5V/2A seperti pada Realme 2, Realme C1 dan Realme 2 Pro.

Realme 3 masih mengekalkan pengunaan slot microUSB dan sekali lagi earphone tidak dibekalkan kepada pembeli walaupun telefon pintar ini masih hadir dengan bicu audio 3.5mm.

Selain itu, anda juga akan menerima Realme 3 ini yang telah disiap pasang dengan filem skrin perlindungan berkualiti tinggi dan tidak lupa juga bekas lutsinar plastik yang sedikit sebanyak melindungi telefon pintar terbaru anda sebelum anda membeli bekas yang lebih cantik atau mengikut citarasa anda.

Realme 3 ini hadir didalam dua warna iaitu biru gradiasi yang mempunyai campuran warna hijau selain gradiasi hitam yang mempunyai campuran warna hitam.

Kedua-dua warna yang ditawarkan pada Realme 3 ini juga sesuatu yang baru pada tahap harga ini.

Realme 3 akan hadir didalam dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB yang mana ianya turut hadir dengan slot tri-SIM yang menyokong dua nano SIM dan satu microSD.

Pada panel belakang, tulisan Realme kini hadir dalam posisi menegak sama seperti tetapan modul kamera dan bercakap mengenai kamera ini, terdapat dua gelung berwarna kuning pada sensor utama yang dikenali sebagai ‘Realme Ring’

Realme 3 kini ditawarkan di Malaysia didalam dua konfigurasi iaitu 3GB + 32GB pada harga RM 599 manakala versi 4GB+6GB ditawarkan pada harga RM 699.

Sempena ulang tahun ke-7 Lazada, Realme 3 akan ditawarkan pada harga yang lebih istimewa iaitu RM 549 sahaja bagi versi 3G + 32GB dan 50 pelanggan bertuah Realme 3 juga akan menerima dua bekas telefon edisi terhad rekaan Joee Cheong yang dikenali sebagai Galaxy Insipired Collection.

Lawati stor Realme Malaysia di Lazada

Tontoni video buka kotak Realme 3 yang kami lakukan khas untuk anda 🙂

Nantikan ulasan Realme 3 kami tidak lama lagi, sehingga itu ikuti perkembangan terkini di laman Facebook Mobilefokus.com

Comments

comments