Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Samsung Galaxy Fold – telefon pintar boleh lipat pertama dipasaran pada harga RM8K

Selain pelancaran trio telefon pintar Samsung Galaxy S10 yang akan dibuka untuk tempahan di Malaysia mulai esok pada harga RM 2,699 , Samsung turut memperkenalkan inovasi terbaru mereka iaitu telefon pintar Samsung Galaxy Fold.

Samsung Galaxy Fold adalah telefon pintar dengan skrin paparan boleh lipat yang menawarkan telefon pintar dan tablet pada satu peranti dan ianya akan memasuki pasaran sekitar bulan April 2019.

Samsung Galaxy Fold hadir dengan dua panel skrin iaitu satu panel skrin luaran berukuran 4.6-inci manakala pada bahagian dalaman satu lagi skrin yang boleh dilipat dengan ukuran 7.3-inci (skrin paparan Infintity Flex )

App Continuity juga membolehkan anda ‘memindahkan’ ekosistem aplikasi anda dari skrin kecil kepada skrin besar secara terus menerus apabila lipatan dibuka dan Samsung telah berkerjasama dengan Google dan pembangun aplikasi Android untuk menjadikan ciri ini lebih sempurna.

Dengan skrin yang besar, Samsung Galaxy Fold turut menawarkan pembukaan tiga aplikasi secara serentak dan WhatsApp, Microsoft Office dan YouTube Premium akan menyokong mod ini dari kotak.

Samsung Galaxy Fold ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 855, 12GB RAM, 512GB memori simpanan dalaman (UFS 3.0), bateri berkapasiti 4,380mAh.

Samsung Galaxy Fold juga hadir dengan 6 kamera dimana 3 kamera terletak dibahagian belakang, 1 pada bahagian hadapan dan 2 dibahagian sisi yang menjadikan tidak kira bagaimana anda menggunakan Galaxy Fold ini, fotografi tidak akan menjadi isu yang sukar.

Samsung Galaxy Fold akan mula memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 26 April 2019 dengan harga penjualan $1,980 (RM 8,075) manakala di pasaran Eropah ( mulai 3 Mei) ianya akan ditawarkan pada harga €2,000 (RM 9,251) .

Buat masa ini masih belum ada sebarang maklumat mengenai status Samsung Galaxy Fold ke pasaran Malaysia atau pasaran Asia yang lain.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.