Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ULASAN : Asus ZenFone Max Pro M2 – telefon pintar terbaik pada harga bawah RM 1,000

Pengenalan
Selepas kejayaan yang dikecapi oleh generasi pertama Asus ZenFone Max Pro , Asus Malaysia meletakkan harapan besar untuk menjadikan Asus ZenFone Max Pro M2 juga sehebat generasi pertama dengan harga penjualan dan spesifikasi yang terbaik didalam kelas harga ini.
Asus ZenFone Max Pro M2 merupakan telefon pintar yang mengekalkan kebanyakkan DNA ZenFone Max Pro M1 dengan semua penambahbaikan adalah sesuatu yang membuktikan bahawa Asus mendengar luahan pengguna setia mereka.
Berikut adalah ulasan Asus ZenFone Max Pro M2 yang dilihat sebagai pencabar utama kepada telefon pintar terbaik pada harga bawah RM 1,000.
Reka bentuk
Asus ZenFone Max Pro M2 ini hadir dengan reka bentuk yang berlainan daripada ZenFone Max Pro M1 dimana skrin paparan generasi kedua siri Max Pro ini kini hadir dengan takukan skrin atau notch.
Takukan skrin yang ditawarkan pada Asus ZenFone Max Pro M2 ini membuktikan ianya adalah model 2018 namun memandangkan kita bakal melangakah ke hadapan, fenonemena reka bentuk panel hadapan yang baru akan diperkenalkan dan penawaran reka bentuk skrin seperti panel Infinity-O pada Max Pro M2 sudah pasti diterima baik.
Apa pun, ini tidak bermaksud Asus ZenFone Max Pro M2 adalah peranti yang tidak cantik dipandang cuma kita telah terlalu biasa dengan model seperti ini.
Lebih menarik, walaupun dengan harga penjualan dibawah RM 1,000 Asus berjaya menyertakan generasi terbaru gelas keselamatan Corning Gorilla Glass pada Asus ZenFone Max Pro M2.
Pada bahagian belakang, Asus ZenFone Max Pro M2 ini hadir dengan reka bentuk yang berasaskan akriliki 3D yang memberikan kemasan seperti gelas namun dengan profil keseluruhan yang lebih kukuh.
Lapisan akriliki ini dilihat menyelaputi pane belakang Asus ZenFone Max Pro M2 didalam warna pilihan anda.
Reka bentuk dilihat dapat melindungi panel belakang daripada calar dan juga tahan jatuhan.
Pada bahagian bawah, Asus ZenFone Max Pro M2 ini hadir dengan satu gril pembesar suara, bicu audio 3.5mm dan mengecewakan sekali lagi adalah penawaran slot microUSB dan bukanya USB-C.
Skrin paparan
Asus ZenFone Max Pro M2 hadir dengan skrin 19:9 paparan berukuran 6.3-inci yang membawakan resolusi FHD+ 2240 x 1080p.
Skrin paparan bersaiz 6.3-inci ini ditempatkan pada profil rangka bagi peranti bersaiz 5.5-inci dan ini membolehkan kadar nisbah skrin kepada badan Asus ZenFone Max Pro M2 ini adalah 90%.
Kami merasakan kadar nisbah skrin kepada badan Asus ZenFone Max Pro M2 masih boleh ditingkatkan kerana anda mungkin perasan bibir bawah skrin yang masih luas.
Seperti yang kami maklumkan, Asus ZenFone Max Pro M2 ini hadir dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 6 yang sangat tahan lasak dan merupakan gelas keselamatan terkini yang sepatutnya hanya ditawarkan pada telefon pintar kelas flagship seperti Asus ROG Phone.
Pemproses
Asus ZenFone Max Pro M2 hadir dengan pemproses kelas pertengahan Qualcomm Snapdragon 660 AIE yang mana ianya adalah 33% berbanding pemproses Snapdragon 636 yang ditawarkan pada Asus ZenFone Max Pro M1.
Snapdragon 660 ini terbukti mampu menawarkan prestasi telefon pintar yang sangat optimum dan buktinya adalah hasil beberapa telefon pintar dengan pemproses Snapdragon 660 yang telah kami lakukan ulasan sebelum ini.
Tugas grafik pada telefon pintar mampu milik terbaru Asus ini diberikan kepada GPU Adreno 512 yang dilihat mempunyai kebolehan mencukupi untuk melakukan semua tugas-tugas pemprosesan grafik yang intensif.
Sedikit mengecewakan adalah kapasiti RAM yang ditawarkan pada Asus ZenFone Max Pro M2 adalah 4GB diikuti dengan 6GB RAM namun manakala kapasiti RAM adalah 64GB sahaja bagi kedua-dua model ini.
Dengan pengunaan sistem operasi Android yang tulen, operasi harian Asus ZenFone Max Pro M2 ini adalah sempurna tanpa sebarang masalah yang kronik.
Walaupun masih dibawah sistem operasi Android, Asus telah mengesahkan bahawa kemaskini Android 9.0 Pie akan tiba ke telefon pintar ini pada awal tahun 2019.
Kamera
Seperti generasi yang pertama, Asus ZenFone Max Pro M2 masih mengekalkan pengunaan sensor dwi-kamera namun dengan sensor kamera yang lebih baik.
Asus ZenFone Max Pro M2 hadir dengan teknologi dwi-kamera AI yang mana sensor utama adalah unit kamera 12MP Sony IMX 486 dengan aperture f/1.8 dan dengan sokongan teknologi AI Scene Detection (13 jenis).
Sensor utama Sony ini juga dipadankan dengan satu lagi sensor kamera 5MP yang digunakan untuk mod portrait dan bokeh.
Hasil gambar yang diambil oleh kamera Asus ZenFone Max Pro M2 ini boleh dikatakan berada pada tahap memuaskan namun kualiti atau resolusi gambar yang diambil tidak begitu ‘cantik’.
selain itu, apabila gambar diambil didalam keadaan cahaya yang baik, kualiti gambar adalah sangat sempurna namun kualiti gambar mengalami kemerosatan apabila cahaya mula tidak menyebelahi kamera ini.
Bercakap mengenai kamera selfie Asus ZenFone Max Pro M2 ini, ianya adalah sensor 13MP lensa lebar yang mempunyai aperture f/2.0 (lampu LED flash pada bahagian hadapan dan belakang).
Kamera selfie Asus ZenFone Max Pro M2 ini adalah jauh lebih baik berbanding generasi yang lalu namun ianya masih tidak menyaingi telefon pintar pro-selfie yang mampu menawarkan kamera selfie yang mana resolusinya jauh lebih tinggi iaitu sekitar 24MP.
Apa pun, hasil gambar portrait dan selfie pada Asus ZenFone Max Pro M2 ini berada pada tahap yang memuaskan dan sesuai untuk dimuat turun ke media sosial seperti Instagram dan Facebook.
Asus ZenFone Max Pro M2 ini juga mampu merakam video 4K, 1080p dan 720p dengan pengstabilan EIS.

Bateri

Asus ZenFone Max Pro M2 hadir dengan kapasiti bateri paling besar didalam kelas harga ini iaitu 5,000mAh yang mana kapasiti bateri adalah seperti generasi yang lalu.
ZenFone Max Pro M1 telah membuktikan kehebatan didalam penawaran jangka hayat bateri yang baik dan ZenFone Max Pro M2 juga tidak mengecewakan.
Asus ZenFone Max Pro M2 mampu menawarkan pengunaan peranti selama 48 jam tanpa perlu mengecas semula namun apa yang mengecewakan adalah, pengecasan bateri gergasi ini mengambil masa sekitar 3 jam iaitu dengan plak pengecasan 10W yang disertakan bersama-sama pembelian.
Asus tidak memaklumkan sebarang bentuk sokongan pengecasan pantas dan kekecewaan yang sama seperti pada model yang lalu turut kami rasakan pada model ini iaitu pengunaan pengecaan microUSB dan bukanya USB-C.
Penutup

Seperti Asus ZenFone Max Pro M1, Asus ZenFone Max Pro M2 mempunyai potensi besar untuk menjadi satu lagi model Asus yang berjaya menambat hati pengguna khususnya dengan harga penjualan yang berpatutan.

Asus ZenFone Max Pro M2 hadir dengan harga penjualan RM 859 bagi versi 4GB/64GB dengan pembelian boleh dibuat di Lazada manakala versi 6GB/64GB pula hadir dengan harga penjualan RM 999 dan pembelian model ini pula boleh dibuat secara eksklusif di Shopee.
Asus ZenFone Max Pro M2 ini ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu titanium dan biru.

Asus ZenFone Max Pro M2 4GB/64GB – RM 859 – Eksklusif di Lazada

Asus ZenFone Max Pro M2 6GB/64GB – RM 999 – eksklusif di Shopee

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.