Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

ASUS ROG Phone 8 Series akan dilancarkan di Malaysia ada 30 Januari ini

Susulan pelancaran ASUS ROG Phone 8 Series di CES awal pagi tadi, ASUS telah mengesahkan bahawa telefon pintar gaming terbaru ini akan dilancarkan Malaysia pada 30 Januari ini.

ASUS ROG Phone 8 Series terdiri daripada tiga model iaitu ASUS ROG Phone 8, ASUS ROG Phone 8 Pro dan ASUS ROG Phone 8 Pro Edition yang mana kesemua model ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3.

Selain itu, ROG Phone 8 Series juga menampilkan rekaan yang lebih nipis dengan penarafan kalis air dan habuk IP68 serta sistem kamera lebih berkuasa.

Baca : ASUS ROG Phone 8 Series kini rasmi – dijana cip Snapdragon 8 Gen bersama rekaan lebih nipis

Setakat ini, pihak ASUS Malaysia belum mengesahkan maklumat harga dan varian yang akan ditawarkan di Malaysia namun segala persoalan ini akan terjawab pada 30 Januari 2024.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.