Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max M2 akan dilancarkan secara rasmi pada 11 Januari ini

Susulan pelancaran Asus ZenFone Max Pro M2 awal bulan lalu, Asus Malaysia kini telah mengesahkan bahawa satu lagi model didalam siri Max ini akan dilancarkan pada 11 Januari ini.

Model yang dimaksudkan Asus ini adalah Asus ZenFone Max M2 yang dilihat akan hadir dengan reka bentuk skrin takukan yang sama seperti model ZenFone Max Pro M2.

Asus ZenFone Max M2 ini dijangka akan hadir dengan skrin paparan HD+ berukuran 6.26-inci dengan nisbah skrin kepada badan 80.9%, pemproses Qualcomm Snapdragon 632, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 3GB/32GB dan 4GB/64GB.

Selain itu, Asus ZenFone Max M2 dijangka akan memiliki tetapan dwi-kamera 13MP+2MP dibahagian belakang selain kamera selfie 8MP.

Asus ZenFone Max M2 ini akan turut hadir dengan bateri berkapasiti sekitar 4,000-5,000mAH selain sistem operasi Android yang asli.

Buat masa ini masih belum ada maklumat harga namun segala maklumat rasmi mengenai telefon pintar ini akan diketahui pada 11 Januari ini.

https://mobilefokus.com/2018/12/26/ulasan-asus-zenfone-max-pro-m2-telefon-pintar-terbaik-pada-harga-bawah-rm-1000/

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.