Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Asus ZenFone Max Pro M2 dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 859

Asus secara rasminya telah melancarkan generasi kedua telefon pintar Asus ZenFone Max Pro dan ianya dikenali sebagai Asus ZenFone Max Pro M2.

Asus ZenFone Max Pro M2 telah dilancarkan secara rasmi di majlis pelancaran serantau yang baru sahaja selesai di Indonesia sebentar tadi.

Terjun terus kepada spesfikasi, Asus ZenFone Max Pro M2 hadir dengan skrin paparan IPS 19:9 berukuran 6.3-inci yang mempunyai takukan dan dengan resolusi FHD+ 2240 x 1080p.

Dengan bezel sisi skrin yang nipis, Asus ZenFone Max Pro M2 ini mempunyai nisbah skrin kepada badan sekitar 90% selain mengekalkan profil rangka telefon pintar dengan saiz skrin 5.5-inci.

Menyentuh sedikit mengenai reka bentuk telefon pintar ini, pada bahagian hadapan, Asus ZenFone Max Pro M2 ini memiliki lapisan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 6 manakala panel belakang hadir dengan pengunaan arkrilik 3D yang berkilau dan mempunyai kemasan seakan gelas.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M2 juga hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 660 yang 33% lebih pantas berbanding SD636, dipadankan dengan dua kapasiti RAM iaitu 4GB atau 6GB dengan memori simpanan dalaman 64GB, GPU Adreno 512 dan bateri berkapasiti 5,000mAh.

Asus ZenFone Max Pro M2 hadir dengan teknologi dwi-kamera AI yang mana sensor utama adalah unit kamera 12MP Sony IMX 486 dengan aperture f/1.8 dan dengan teknologi AI Scene Detection (13 jenis).

Sensor utama Sony ini juga dipadankan dengan satu lagi sensor kamera 5MP yang digunakan untuk mod portrait dan bokeh.

Bercakap mengenai kamera selfie Asus ZenFone Max Pro M2 ini, ianya adalah sensor 13MP lensa lebar yang mempunyai aperture f/2.0 (lampu LED flash pada bahagian hadapan dan belakang).

Asus ZenFone Max Pro M2 ini juga mampu merakam video 4K, 1080p dan 720p dengan pengstabilan EIS.

Selain itu, Asus ZenFone Max Pro M2 ini juga memiliki sokongan tri-SIM yang menyokong dua kad SIM Nano dan satu kad microSD (sehingga 2TB), VoLTE, pembesar suara 5-magnet dan sistem operasi Android 8.1 yang tulen dengan kemaskini Android Pie pada awal tahun 2019.

Tempahan Asus ZenFone Max Pro M2 kini dibuk  dan ianya ditawarkan didalam dua pilihan warna iaitu titanium dan biru.

Harga Penjualan Asus ZenFone Max Pro M2 di Malaysia adalah seperti berikut:

Asus ZenFone Max Pro M2 4GB/64GB – RM 859 – Eksklusif di Lazada

Asus ZenFone Max Pro M2 6GB/64GB – RM 999 (eksklusif di Shopee)

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.