Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic 2 dengan pemproses Kirin 980 akan dilancarkan 31 Oktober ini

Honor secara rasminya akan melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan pemproses Kirin 980 pada 31 Oktober ini dan ianya merupakan generasi kedua telefon pintar Honor Magic 2.

Honor Magic 2 akan hadir dengan reka bentuk kamera hadapan meluncur yang tersembunyi pada panel berasingan daripada panel hadapan yang mana ianya sama seperti pada Mi Mix 3 yang dilancarkan secara rasmi semalam

Selain itu, Honor Magic 2 akan hadir dengan tetapan tiga kamera namun jenis sensor yang digunakan masih menjadi tanda tanya (sensor utama mungkin 16MP).

Honor Magic 2 juga mempunyai kemungkinan untuk hadir dengan teknologi pengecaman wajah 3D menggunakan sensor tambahan seperti pada Huawei Mate 20 Pro.

Bercakap mengenai panel belakang pula, Honor Magic 2 dijangka akan memiliki satu lagi tetapan tiga kamera iaitu kombinasi 16MP + 24MP lensa monokrom dan 16MP lensa telefoto.

Selain itu, Honor Magic 2 akan hadir dengan panel skrin AMOLED berukuran 6.39-inci dengan nisbah skrin kepada badan melebihi 90% dan sensor capjari terbina pada skrin.

Honor Magic 2 juga akan hadir pemproses Kirin 980 dengan dwi-NPU dan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Honor Magic 2 akan hadir didalam tiga pilihan warna gradiasi iaitu biru, perak dan merah jambu.

Honor Magic 2 dijangka akan memasuki pasaran China terlebih dahulu dan penawaran model ini dipasaran luar China masih belum dapat dipastikan.

Comments

comments