Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kamera Depan Belakang Yang Mantap, Harga Bawah RM1,000, Honor 8X Peranti Kelas Pertengahan Yang Cukup Rasa Masam Manisnya

Kamera Depan Belakang Yang Mantap, Harga Bawah RM1,000, Honor 8X Peranti Kelas Pertengahan Yang Cukup Rasa Masam Manisnya 1

Saban tahun harga telefon pintar yang ditawarkan di pasaran menunjukkan trend yang menaik khususnya bagi telefon pintar kelas flagship yang amat kompetitif.

Walaubagaimanapun, lain pula ceritaya pada pasaran kelas pertengahan.

Dengan persaingan yang sangat sengit, pengeluar telefon pintar perlu menawarkan telefon pintar yang mempunyai semua kebolehan dan ciri yang ditawarkan pada telefon pintar yang lebih mahal.

Honor telah mengambil cabaran ini sebagai sesuatu yang positif apabila telah melancarkan Honor 8X sebagai antara telefon pintar kelas pertengahan terbaik dipasaran namun masih mampu untuk menawarkanya dengan harga penjualan kurang dari RM 1,000.

Berikut adalah 8 ciri terbaik Honor 8X yang anda tidak akan dapat pada telefon pintar dibawah harga RM 1,000

Skrin paparan 6.5-inci dengan nisbah skrin kepada badan 91%.

Honor 8X hadir dengan skrin paparan Fullview berukuran 6.5-inci pada rangka peranti dengan skrin 5.5-inci yang memberikan nisbah skrin kepada badan 91% yang merupakan antara yang terbaik didalam pasaran kelas pertengahan.

Telefon ini juga mempunyai teknologi yang dimajukan dan cuba anda tontonvideo yang mempunyai nisbah 21:9 di YouTube untuk melihatsendiri pengalaman filem sudut lebar ultra ini. Ia bermakna andamemiliki skrin yang cukup besar untuk menonton, bermaingame dan skrol pada laman sosial.

Untuk mencapai tahap nisbah ini, Honor 8X hadir dengan bezel bawah skrin hanya 4.2mm dan ianya dicapai dengan pengunaan teknologi Chip On Film (COF) dan reka bentuk antena khas.

Telefon pintar pertama didunia dengan Pensijilan TÜV Rheinland

Bukan lah sesuatu yang rahsia apabila kita mengatakan bahawa cahaya biru yang dikeluarkan oleh skrin paparan telefon pintar akan memberikan kesan jangka panjang pada mata kita.

Honor 8X ini turut hadir dengan dengan mod Eye Comfort yang merupakan hasil kerjasama Honor dan TÜV Rheinland yang berpangkalan di Jerman. Ia adalah telefon pintar pertamadidunia untuk menerima pensijilan cahaya biru rendah daripadaTÜV Rheinland.

Ia akan memberikan keselesaan kepada mata selepas berjam-jam menonton movie dengan mengurangkan pelepasan radiasi lampubiru. Korang boleh set sendiri masa yang sesuai untuk mode Eye Comfort perlu diaktifkan, seperti contoh sejam sebelum tidurmisalnya.


Reka Bentuk Premium Setaraf Kelas Flagship

Sekilas pandang, Honor 8X tidak kelihatan seperti telefon pintar mampu milik dengan harga dibawah RM 1,000.

Ini adalah kerana Honor 8X mempunyai permukaan skrin sepenuhnya pada bahagian hadapan manakala panel belakang Honor 8X sudah pasti mampu membuatkan anda terpesona.

Honor 8X hadir dengan reka bentuk panel gelas dwi-tona yang berinspirasikan kamera digital retro. Ianya menampilkankemasan 15 lapisan kilauan yang memberikan satu kemasan premium setanding telefon pintar premium dipasaran.

Honor 8X hadir didalam dua pilihan warna iaitu biru dan hitam.

Sokongan Memori Storan Sehingga 400GB

Jika dahulu telefon pintar atau telefon bimbit hanya digunakan sebagai medium perhubungan, kini telefon pintar merupakan satu aspek penting didalam kehidupan kita dimana ianya meluputi pelbagai aspek termasuk hiburan, kerjaya dan banyak lagi. Honor 8X memiliki 4GB RAM yang dilihat mencukupi untuk pengunaan harian anda.

Kebanyakkan telefon pintar pada tahap harga seperti Honor 8X mempunyai kapasiti memori dalaman yang rendah namun Honor memberikan anda memori dalaman asas 128GB yang dilhat mencukupi untuk pengunaan intensif anda.

Walaubagaimanapun jika 128GB masih belum mencukupi, anda boleh menambah memori storan dengan menggunakan kad microSD yang membolehkan anda memiliki kapasiti sehingga 400GB.

Anda juga tidak perlu mengorbankan salah satu daripada kad SIM anda kerana Honor 8X hadir dengan tiga slot yang boleh menempatkan 2 kad SIM dan satu kad memori microSD.

Honor 8X juga hadir dengan sokongan App Twin yang membolehkan anda membuka dua akaun media sosial termasuk WhatsApp, Facebook Messenger pada satu ekosistem telefon pintar.

Bateri Berkapasiti Tinggi

Honor 8X hadir dengan bateri berkapasiti 3,750mAh yang hadir dengan mod penjimatan bateri pintar yang menawarkan jangka hayat bateri 40% lebih baik.

Bateri Honor 8X ini mampu memberikan anda satu hari pengunaan tanpa sebarang masalah dan ianya menjanjikan tontonan video selama 7.2jam atau 60 jam pendengaran audio.

Pemproses Kirin 710 setaraf cip pemproses flagship

Honor 8X merupakan telefon pintar pertama Honor untuk menggunakan pemproses Kirin 710 yang baru beberapa bulan dipasaran.

Ianya adalah pemproses 12mm Cortex-A73 yang turu memiliki GPU Mali G51 yang memberikan anda prestasi setaraf cip pemproses kelas flagship.

Pemproses Kirin 710 ini menawarkan 75% peningkatan pretasi satu teras manakala pretasi GPU telah meningkat sehingga 130% berbanding pemproses generasi lalu iaitu Kirin 695.

Honor 8X juga hadir dengan teknologi GPU Turbo yang meningkatkan lagi prestasi telefon pintar ini. Ia menjanjikan pengalaman permainan seperti PUBG yang lebih baik, lancar, dan pengeluaran haba yang lebih rendah daripada biasa jika digunakan terlalu lama.

Dwi-Kamera AI setaraf peranti flagship

Aspek kamera adalah salah satu ciri yang telah banyak menerima manfaat daripada penawaran AI pada telefon pintar.

Honor 8X ini hadir dengan kamera utama AI 20MP yang dipadankan dengan sensor 2MP yang digunakan untuk mod bokeh. Ini membolehkan anda mengambil gambar dengan mengaburkan latar belakang seperti pada kamera DSLR profesional.

Honor 8X juga memiliki kamera hadapan 16MP yang turut hadir dengan Portrait AI Backlight.

Teknologi pemprosesan gambar berasaskan AI yang digunapakai oleh syarikat induk Honor iaitu Huawei turut disertakan pada Honor 8X yang memberikan telefon pintar ini kebolehan untuk mengenal pasti objek dan keadaan persekitaran bagi menawarkan tetapan untuk mengambil gambar yang sempurna.

Kamera AI Honor 8X mampu mengesan hampir 500 senario didalam 22 kategori dan menawarkan tetapan yang akan meningkatkan mutu gambar berdasarkan apa yang pengguna mahu.

Selain itu, Honor 8X juga hadir dengan mod Super Night yang mana dengan bantuan artificial intelligence (AI), anda boleh mengambil gambar waktu malam yang sangat menarik tanpa memerlukan sebarang tripod menggunakan teknologi pengstabilan ‘multi-frame’.

Teknologi ini juga akan menyingkirkan gegaran yang berlaku apabila pengguna mengambil gambar mod malam selama 6-saat ini dan akan menggabungkan beberapa gambar terbaik untuk memberikan hasil akhir yang lebih berkualiti dan kurang kekaburan.

AI pada kamera Honor 8X membolehkan telefon pintar ini menawarkan pebagai fungsi atau mod kamera seperti AI Scene Recognition (pengesan adengan AI), AI 3D Portrait Lighting, AI Sport Mod dan Super Night.

Selain itu, Honor 8X juga hadir dengan pengstabilan imej berasaskan AI yang dikenali sebagai AI Image Stabilization.

Rakaman Video ‘Slow-Motion’

Honor 8X boleh dikatakan satu-satunya telefon pintar dibawah harga RM 1,000 untuk hadir dengan mod rakaman video gerak perlahan yang kebiasaanya hanya ditawarkan pada telefon pintar flagship.

Mod Super Slow-Motion Honor 8X ini membolehkan anda mengambil video gerak perlahan pada kadar bingkai 480fps iaitu 16x lebih perlahan berbanding video biasa (turut menyokong pengambilan video 120fps).

Rakaman video gerak perlahan ini boleh dibuat pada resolusiHD 720p.

Telefon Pintar Yang Menjanjikan Pengalaman PenggunaanYang Memuaskan

Jika dilihat pada bahagian bawah peranti ini, terdapat satusambungan asas untuk sebuah telefon pintar iaitu bicu audio 3.5mm yang mana ia masih mengekalkan sambungan mikroUSB dan satu pembesar suara mono.

Penghasilan bunyi yang ditawarkan melalui telefon pintar Honor 8X ini juga amat sedapdidengar. Hal ini kerana audio untuk telefon pintar ini direkadengan teknologi Histen 5.0 sekaligus dijamin untuk pengguna mendapatkan pengalaman yang baik dari segi kualiti audio.

Dengan bantuan teknologi Histen 5.0 ini, ia sekaligus dapatmemberi kepuasan kepada pendengaran pemain permuamahupun pengguna biasa samaada menggunakan penggunamenggunakan fon telinga ataupun tidak.

Honor 8X merupakan telefon pintar Honor paling laris di Malaysia iaitu selepas hanya beberapa hari di pasaran.

Jadi, sekiranya anda ingin memiliki sebuah telefon pintar dengan ciri-ciri premium pada harga yang rendah, Honor 8X adalah salah satu pilihan telefon pintar yang terbaru yang patut anda miliki.

Honor 8X kini hadir dengan harga penjualan RM 949 dan pembelian boleh dibuat secara atas talian di Hihonor atau Shopee Malaysia dan boleh juga dibeli melalui stor rasmi Honor.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.