Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor Magic 2 dengan pemproses Kirin 980 akan dilancarkan 31 Oktober ini

Honor Magic 2 dengan pemproses Kirin 980 akan dilancarkan 31 Oktober ini 1

Honor Magic 2 dengan pemproses Kirin 980 akan dilancarkan 31 Oktober ini 2

Honor secara rasminya akan melancarkan telefon pintar pertama mereka dengan pemproses Kirin 980 pada 31 Oktober ini dan ianya merupakan generasi kedua telefon pintar Honor Magic 2.

Honor Magic 2 akan hadir dengan reka bentuk kamera hadapan meluncur yang tersembunyi pada panel berasingan daripada panel hadapan yang mana ianya sama seperti pada Mi Mix 3 yang dilancarkan secara rasmi semalam

Honor Magic 2 dengan pemproses Kirin 980 akan dilancarkan 31 Oktober ini 3

Selain itu, Honor Magic 2 akan hadir dengan tetapan tiga kamera namun jenis sensor yang digunakan masih menjadi tanda tanya (sensor utama mungkin 16MP).

Honor Magic 2 juga mempunyai kemungkinan untuk hadir dengan teknologi pengecaman wajah 3D menggunakan sensor tambahan seperti pada Huawei Mate 20 Pro.

Honor Magic 2 dengan pemproses Kirin 980 akan dilancarkan 31 Oktober ini 4

Bercakap mengenai panel belakang pula, Honor Magic 2 dijangka akan memiliki satu lagi tetapan tiga kamera iaitu kombinasi 16MP + 24MP lensa monokrom dan 16MP lensa telefoto.

Selain itu, Honor Magic 2 akan hadir dengan panel skrin AMOLED berukuran 6.39-inci dengan nisbah skrin kepada badan melebihi 90% dan sensor capjari terbina pada skrin.

Honor Magic 2 juga akan hadir pemproses Kirin 980 dengan dwi-NPU dan bateri berkapasiti 3,400mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40W.

Honor Magic 2 dengan pemproses Kirin 980 akan dilancarkan 31 Oktober ini 5

Honor Magic 2 akan hadir didalam tiga pilihan warna gradiasi iaitu biru, perak dan merah jambu.

Honor Magic 2 dijangka akan memasuki pasaran China terlebih dahulu dan penawaran model ini dipasaran luar China masih belum dapat dipastikan.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.