Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Honor 8X didalam warna merah akan mula ditawarkan pada 7 November ini

Honor 8X didalam warna merah akan mula ditawarkan pada 7 November ini 1

Selepas mencipta pelbagai rekod baharu bagi Honor di Malaysia, Honor ini telah mengumumkan bahawa telefon pintar terlaris di Malaysia iaitu Honor 8X akan ditawarkan didalam warna merah.

Sebelum ini Honor 8X hanya ditawarkan didalam warna hitam dan biru dan pada pendapat kami, warna merah adalah warna yang paling cantik bagi telefon pintar ini.

Honor 8X ini akan mula dijual pada 7 November 2018 dan ianya hanya akan ditawarkan secara atas talian di Hihonor, Shopee, Lazada dan 11street dengan harga penjualan rasmi RM 949 (hanya 500 unit Honor 8X didalam warna merah ini akan ditawarkan).

Honor 8X didalam warna merah akan mula ditawarkan pada 7 November ini 2

Setiap pembelian Honor 8X didalam warna merah ini di Hihonor juga akan menerima Honor Band 3 secara percuma (sementara stok masih ada).

Bagi anda yang lebih gemar membelinya di stor, Honor 8X didalam warna merah akan ditawarkan di stor Honor dan wakil penjual sah mulai 10 November 2018.

Berikut adalah pautan untuk membeli Honor 8X didalam warna merah :

Hihonor http://hihonor.com/my

Shopee  http://bit.ly/shopee8xred

Lazada  http://bit.ly/Lazhonor8x

11street  http://bit.ly/11shonor8xred

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.