Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Dapatkan tiket wayang percuma apabila anda menggunakan Touch N Go e-Wallet di TGV

 

Touch N Go telah memperkenalkan aplikasi e-wallet mereka yang membolehkan mereka melakukan pelbagai transaksi seperti menambah nilai kredit prabayar, membayar bil, membeli tiket penerbangan dan membeli tiket wayang.

Bercakap mengenai pembelian tiket wayang, Touch n Go dengan kerjasama TGV Cinema telah menganjurkan satu promosi menarik yang menawarkan pengguna Touch N Go e-wallet tiket percuma pada setiap hari Sabtu sepanjang bulan Oktober (6/10, 13/10, 20/10, 27/10).

Sistem Pembayaran Tol TNG RFID akan mula beroperasi Januari 2019

Mulai 6 Oktober sehingga 27 Oktober, apabila anda membeli tiket wayang dikaunter pastikan anda menggunakan aplikasi Touch N Go e-wallet untuk pembayaran kerana anda layak menerima satu tiket secara percuma.

Promosi ini adalah sah pada hari Sabtu bagi tiket wayang kategori standard dan preferred dan terhad kepada 35,000 penebusan sepanjang tempoh promosi ini.

Maklumat lanjut di www.tngdigital.com.my

 

Comments

comments