Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Beli minuman Tealive kegemaran anda pada harga RM 2.50 sahaja dengan Touch n Go eWallet

Tealive dan Touch n Go eWallet telah mengumumkan satu kerjasama tahunan yang membolehkan anda membeli minuman kegemaran Tealive anda dengan lebih mudah dan lebih penting tanpa transaksi tunai.

Dengan pengumuman kerjasama ini, Tealive akan menawarkan pelbagai diskaun dan promosi menarik bagi minuman Tealive yang terpilih apabila pembayaran dibuat melalui aplikasi Touch n Go eWallet.

Selain itu, Tealive dan Touch n Go juga telah mengumumkan kempen raya yang akan bermula pada 5 Mei hingga 15 Jun 2019 dimana anda boleh membeli minuman Tealive pada harga RM 2.50.

Ini bermaksud anda boleh menikmati minuman Tealive kegemaran anda sepanjang bulan Ramadhan (yang bagi beragama islam) dan sehingga hari Raya.

Maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh anda ketahui di www.tngdigital.com.my

Anda boleh memuat turun aplikasi Touch n Go eWallet di Google Play Store atau Apple App Store.

Dengan kerjasama terbaru ini, Touch n Go eWallet kini boleh digunakan di hampir 40,000 syarikat.

 

Oppo F11 Pro edisi terhad Marvels Avengers End Game akan tiba di Malaysia 24 April ini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.