Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kad Touch ‘n Go (TNG) dengan teknologi NFC akan dilancarkan – boleh tambah nilai terus guna aplikasi eWallet


Touch ‘n Go (TNG) telah mengesahkan bahawa ianya akan memperkenalkan kad fizikal TNG baharu yang membolehkan pengguna melakukan tambah nilai secara terus melalui aplikasi Touch ‘n Go (TNG) eWallet.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Touch ‘n Go, Ignatius Ong, kad baharu Touch ‘n Go (TNG) ini akan mempunyai cip Near Fields Communications (NFC) dan pelancaranya akan berlangsung didalam masa beberapa minggu sahaja lagi.

Dengan kad Touch ‘n Go (TNG) baharu ini, pengguna boleh terus menambah nilai kad mereka dengan syarat telefon pintar mereka mempunyai sokongan NFC.

Selain itu, Ignatius juga mendedahkan bahawa kad Touch ‘n Go (TNG) yang berada dipasaran tidak menyokong ciri ini kerana ia mempunyai pembaca kad spesfik atas sebab keselamatan.

Dalam pada itu, Touch ‘n Go (TNG) juga belum mendedahkan harga kad fizikal baharu ini.

sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.