Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Touch ‘n Go eWallet kini menawarkan kemudahan pelaburan ASNB

Touch ‘n Go eWallet kini secara rasminya menawarkan anda kemudahan membuat pelaburan di ASNB secara terus pada aplikasi ini.

Touch ‘n Go eWallet merupakan eDompet pertama di Malaysia untuk menawarkan kemudahan ini dan anda sudah boleh mengakses akaun ASNB anda dengan mudah dan membuat pelaburan tambahan serendah dari RM 10 sahaja.

Untuk mengkases akaun ASNB anda, anda hanya perlu menekan ikon ASNB dan menyemak samada anda mempunyai akaun ASNB sebelum dilog masuk.

Semua maklumat akaun anda akan dipaparkan berserta dengan jumlah pelaburan semasa anda, 5 transaksi terakhir dan pilihan untuk membuat pelaburan pada pelbagai jenis Amanah Saham.

Walaubagaimanapun, waktu operasi untuk anda membuat pelaburan adalah terhad mengikut jenis pelaburan iaitu dari pukul 2 pagi sehingga 4 petang bagi ASN nilai tetap dan dari pukul 2 pagi sehingga 7 petang bagi ASN nilai berubah.

Selain melabur di akaun sendiri, anda juga boleh melabur pada akaun tanggungan anda dengan pembayaran dilakukan melalui akaun Touch ‘n Go eWallet anda.

Tonton video dibawah untuk mengetahui bagaimana untuk membuat pelaburan ASNB di Touch ‘n Go eWallet :

 

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.