Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Kad Touch ‘n Go dengan sokongan NFC kini ditawarkan pada harga RM 10 – stok terhad

Touch ‘n Go secara rasminya telah mula menawarkan kad fizikal Touch ‘n Go terbaru yang hadir dengan sokongan NFC.

Kad yang dikenali sebagai Enhanced Touch ‘n Go ini membolehkan tambah nilai kini dilakukan terus pada telefon pintar yang mempunyai sokongan NFC melalui aplikasi Touch ‘n Go eWallet.

Kad Touch‘n Go ini ditawarkan pada harga yang sama seperti kad biasa iaitu RM 10 dan pembelian boleh dilakukan di aplikasi Touch‘n Go eWallet dan stesen minyak Shell dan Petronas yang terpilih.

Walaubagaimanapun, pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet, ianya telah kehabisan stok dan anda juga akan dikenakan caj penghantaran bernilai RM 5 ( maksima 2 pembelian kad didalam satu transaksi).

Untuk senarai stesen minyak Shell dan Petronas yang menawarkan kad baharu Touch ‘n Go ini boleh dilihat di SINI.

Walaubagaimanapun, tiada kepastian samada stok masih ada ataupun tidak.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.