Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar gaming Asus ROG telah dikesan di SIRIM

Telefon pintar gaming Asus yang mencuri tumpuan dunia nampaknya semakin hampir memasuki pasaran Malaysia apabilan model ini telah dikesan di pangkalan data SIRIM.

Asus ROG Phone ini telah dilancarkan di Computex 2018 pada bulan Jun yang lalu dan selepas beberapa kelewatan, ianya akan telah mula dijual dibeberapa pasaran bulan ini.

Seperti telefon pintar flagship 2018, Asus ROG Phone hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang telah menerima kelajuan CPU tambahan iaiti sehingga 2.96GHz berbanding kelajuan biasa 2.8GHz dan ditawarkan dengan 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan UFS 2.1 iaitu 128GB dan 512GB.

Selain itu, Asus ROG phone juga hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci (2160 x 1080p) yang menyokong HDR dan mempunyai nisbah 90Hz yang didakwa sebagai skrin paparan AMOLED paling pantas pada telefon pintar.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan kombinasi kamera yang sama seperti pada Asus ZenFone 5 iaitu dwi-kamera 12MP + 8MP dibahagian belakang dan kamera selfie 8MP

Pada bahagian belakang, Asus ROG phone menempatkan sensor capjari dan logo ROG yang hadir dengan lampu RGB yang boleh diprogram mengikut citarasa anda melalui satu aplikasi yang terbina pada peranti.

Anda juga boleh berkongsi tetapan ini melalui dengan produk yang menyokong Asus Aura Sync iaitu sehingga 5 peranti ROG.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan tiga slot USB-C iaitu satu dibahagian bawah dan dua dibahagian kiri. Tujuan Asus ROG Phone ini memiliki sehingga tiga slot USB-C adalah anda boleh mengecas peranti anda ketika sedang bermain tanpa kable pengecasan menganggu konsentrasi anda. Selain itu, slot ini juga boleh digunakan untuk menghubungkan aksesori tambahan ROG Phone.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Asus HyperCharge yang mana Asus telah memindahkan cip pengecasan dari peranti kepada adapter bagi mengurangkan kepanasan pada peranti ( pengecasan ke tahapa 80% didalam masa sejam).

Selain itu terdapat juga sistem penyejukan yang dikenali sebagai “3D Vapor chamber cooling system” yang meliputi keseluruhan peranti.

Asus ROG phone ini dijangka akan memasuki pasaran Malaysia sekitar pertengahan bulan Oktober dan kami sudah pasti akan berada di majlis pelancaran Asus ROG untuk memberikan anda  maklumat harga dan tarikh penjualan.

Sumber

Comments

comments