Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Anda kini boleh menempah telefon pintar gaming Asus ROG secara rasmi

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa telefon pintar gaming terbaik didunia iaitu Asus ROG Phone telah dikesan di SIRIM dan ini memberikan petunjuk awal telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia didalam masa terdekat.

Kini, Asus ROG Phone telah mula dibuka untuk tempahan oleh DirectD dan ianya adalah bagi set rasmi yang hadir dengan jaminan waranti selama 12 bulan dari Asus Malaysia.

Walaupun tidak memberikan sebarang maklumat harga, Directd mengesahkan bahawa harga penjualan Asus ROG Phone ini adalah sekitar RM 3,000 dan ke atas.

Directd dilihat menawarkan Asus ROG Phone didalam dua kapasiti iaitu 8GB/128GB dan 8GB/512GB

Untuk membuat tempahan, anda perlu membayar pendahuluan sebanyak RM 500 dan anda akan turut menerima hadiah eksklusif secara percuma.

Bersama-sama Asus ROG Phone ini, anda akan turut menerima penyejuk AeroActive didalam kotak pembelian.

Pra-tempahan bagi Asus ROG Phone boleh dibuat secara atas talian di SiNi atau di stor Directd seperti yang disenaraikan di SiNI

Majlis Pelancaran rasmi Asus ROG Phone di Malaysia dijangka akan berlangsung didalam masa terdekat kerana stok telefon pintar ini dijangka tiba didalam masa 1-2 minggu.

Spesfikasi penuh Asus ROG Phone boleh anda ketahui di sini

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.