Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Telefon pintar pro gaming Asus ROG – telefon pintar dengan spesifikasi terbaik dunia

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Asus secara rasminya telah memperkenalkan telefon pintar ‘gaming’ dibawah jenama ROG (Republic Of Gamers) di Computex yang sedang berlangsung di Taiwan.

Telefon pintar Asus ROG ini boleh dikatakan memasuki pasaran telefon pintar gaming secara agresif sehingga telefon pintar gaming Razer Phone dilihat ketinggalan zaman.

Seperti telefon pintar flagship 2018, Asus ROG Phone hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang telah menerima kelajuan CPU tambahan iaiti sehingga 2.96GHz berbanding kelajuan biasa 2.8GHz dan ditawarkan dengan 8GB RAM dan dua pilihan memori simpanan UFS 2.1 iaitu 128GB dan 512GB.

Selain itu, Asus ROG phone juga hadir dengan skrin paparan AMOLED berukuran 6.0-inci (2160 x 1080p) yang menyokong HDR dan mempunyai nisbah 90Hz yang didakwa sebagai skrin paparan AMOLED paling pantas pada telefon pintar.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan kombinasi kamera yang sama seperti pada Asus ZenFone 5 iaitu dwi-kamera 12MP + 8MP dibahagian belakang dan kamera selfie 8MP

Pada bahagian belakang, Asus ROG phone menempatkan sensor capjari dan logo ROG yang hadir dengan lampu RGB yang boleh diprogram mengikut citarasa anda melalui satu aplikasi yang terbina pada peranti.

Anda juga boleh berkongsi tetapan ini melalui dengan produk yang menyokong Asus Aura Sync iaitu sehingga 5 peranti ROG.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan tiga slot USB-C iaitu satu dibahagian bawah dan dua dibahagian kiri. Tujuan Asus ROG Phone ini memiliki sehingga tiga slot USB-C adalah anda boleh mengecas peranti anda ketika sedang bermain tanpa kable pengecasan menganggu konsentrasi anda. Selain itu, slot ini juga boleh digunakan untuk menghubungkan aksesori tambahan ROG Phone.

Selain itu, Asus ROG Phone juga hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh yang turut menyokong pengecasan pantas Asus HyperCharge yang mana Asus telah memindahkan cip pengecasan dari peranti kepada adapter bagi mengurangkan kepanasan pada peranti ( pengecasan ke tahapa 80% didalam masa sejam).

Selain itu terdapat juga sistem penyejukan yang dikenali sebagai “3D Vapor chamber cooling system” yang meliputi keseluruhan peranti.

Asus ROG Phone akan memasuki pasaran pada suku ketiga 2018 dengan harga penjualan yang masih belum diumumkan lagi.

Asus ROG Phone dijangka akan memasuki pasaran Malaysia pada bulan Julai 2018

Sumber

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.