Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Tablet Microsoft Surface Go dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,612

Tablet Microsoft Surface Go dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,612 1

Microsoft secara rasminya telah memperkenalkan tablet mereka yang terbaru iaitu Microsoft Surface Go yang hadir dengan sistem operasi Windows 10 S ( versi Windows 10 yang ‘lite’).

Microsoft Surface Go ini hadir dengan skrin paparan 3:2 berukuran 10-inci yang mempunyai resolusi 1800 x 1200 dan merupakan peranti Surface yang paling nipis dan dengan berat 520 gram.

Tablet Microsoft Surface Go dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,612 2

Dari segi dalaman pula, Microsoft Surface Go hadir dengan pemproses Pentium Gold 4415Y, dua konfigurasi RAM dan memori dalaman iaitu 4GB/64GB eMMC dan 8GB/128GB SSD.

Buat masa ini tablet Surface Go ini hanya ditawarkan didalam versi WiFi sahaja namun versi yang menyokong LTE akan tiba tidak lama lagi.

Tablet Microsoft Surface Go dilancarkan secara rasmi dengan harga dari RM 1,612 3

Microsoft Surface Go ini hadir dengan harga penjualan $399 (RM 1,612) bagi versi 4/64GB dan $549 (RM 2,218) bagi versi 8GB/128GB.

Tempahan kini telah dibuka (maaf, bukan di Malaysia) namun stok hanya akan tiba pada bulan Ogos.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.