Mobile Fokus

Malaysia Tech News Portal

Microsoft Surface Duo 2 kini rasmi dengan skrin 90Hz AMOLED dan Snapdragon 888

Microsoft secara rasminya telah melancarkan generasi kedua telefon pintar Sufrace Duo iaitu Surface Duo 2.

Microsoft Surface Duo 2 tampil dengan dua panel 90Hz AMOLED berukuran 5.8-inci yang digabungkan menjadi satu panel berukuran 8.3-inci dengan resolusi 2688×1892 dan kadar kecerahan maksima 800nits. Panel ini juga dilapisi gelas keselamatan Corning Gorilla Glass Victus.

Selain itu, Microsoft Surface Duo 2 juga hadir dengan pemproses Snapdragon 888, 8GB RAM LPDDR5 dan tiga pilihan storan dalaman iaitu 128,256 atau 512GB. Sistem operasi Android 11.


Pada bahagian belakang, Microsoft Surface Duo 2 hadir dengan tetapan tri-kamera iaitu sensor utama 12MP f:1.7, sensor telefoto 2x 12MP f/2.4 dan sensor ultra-wife 16MP f/2.2.


Microsoft Surface Duo 2 juga menyokong Surface Slim Pen 2 yang boleh dilekapkan pada panel sisi yang mempunyai medan magnetik untuk pengecasan.

Beralih kepada bateri, Microsoft Surface Duo 2 hadir dengan bateri berkapasiti 4,449mAh dengan sokongan pengecasan pantas 23W namun adapater pengecasan harus dibeli berasingan.

Microsoft Surface Duo 2 akan ditawarkan didalam dua warna iaitu Glacier dan Obsidian pada harga dari $1499.99 (RM 6,824).

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.